28.2.10

Rindu

kecik + bucit
i miss you all
too much
bila nak mai KL lagi eh?
aku rindu nak bergulak kutiwa
ngan sep2 mung lah taik!!
(kecik yg ajar panggil sep taik)

sebab kelas 5G dulu
ada 2 kumpulan je lelaki dalam kelas
geng koko- budak jurus (pengawas la katakan)
sep taik- dop brape nak jurus (bolok ckit)

weh ajeng, are-6, mat anih
sep mung perasan dop?
kalo ada amir and mekna
mesti lagi meriah, kan?
hehehee

macam nak kembali
zaman kegemilangan dulu lah
zaman ponteng kelas petang
zaman lepak kat tandas
zaman tak siapkan homework
zaman tanpa duka
"zaman aku jd penolong 5g" (perasan,ok!)
happy memanjang!!

27.2.10

Cinta Yang Terbiar

Siapalah aku tanpa dirimu
Bagai pantai terbiar sepi
Siapalah aku tanpa cintamu
Bagai insan dibaluti kerinduan

Cinta itu amat mengasyikkan
Rindu itu amat memilukan
Perpisahan amat menyeksakan
Namun ada pengajaran


Cintaku cinta yang terbiar
Hidupku tidak seindah impian
Luka itu amat memedihkan
Resah itu amat membosankan
Kekecewaan amat derita
Namun ada kenangannya

Cintaku cinta yang terbiar
Mengharap kasih pada yang tak sudi
Cintaku cinta yang terbiar
Jatuh tersungkur di pinggir luka

Apalah ertinya cinta yang terbiar
Bagai biduk hanyut di lautan
Apalah dayaku jodoh tiada
Sudah suratan takdirnya begitu

singer: Jamal Abdillah

Hari Jumaat

awal pagi hujan. hujan rahmat. bangun pun lambat. ye lah, dah hujan tu mestilah berat nak turun dari katil. post kali ni nak taip tentang apa yang saya buat for the whole day sempena hari cuti maulidur rasul.

1- lunch dengan Bun. ingatkan nak makan kat kafe, skali Bun sayang bilik plak dah. ok, no problem. just follow her. sebagai tanda menghargai ucapan sayang dari Bun. hehehee. (aku tau mu syg aku!)

2- lepak kat bilik Bun. meng'online'kan diri sampai petang. hujan pulak petang, nak balik tak boleh. sementara tunggu hujan berhenti, terlintas nak sms atie dan tanya pasal novel. huhuu, suka! atie ada novel. Cinta Kepala Batu by Ayu Emelda. so, jumpa atie kat kafe amik novel. makan jugak sambil tengok tv3. citer apa ntah.

3- dapat plak call dari syefa ajak pi cac tengok IPAC. okey je. ajak jugak mila tapi dia tak berapa sihat. so, saya and syefa sahaja yang pergi. ingatkan tak ramai budak uia yang tengok concert camtu, skali penuh cac tau! hohohoo.. their performance very2 teramat sangat best. korang memang TERBAIK lah. memang hebat! -cikyin n cikzuzu tiada kutemu

4- hairan binti pelik! masa tengah kusyuk tengok performance tu dapat sms dari bebe. tetiba tanya saya ada duit tak? hahahaaa... dia cakap kalau takde, mama nak masukkan. saya yang baik ni pun replylah, cakap dah ada. dia tanya lagi, nak masukkan topup ke? aiii, pelik betul bebe kali ni. kalau bab topup mestilah tak pernah kutolak;-)

5- dah abes concert tu, kuar awal ngan syefa. hehehee stakat tengok ramli sarip bergambar ngan rector uia, ape kelas. malas la wei. terus cabut. masa ni tak ramai yang kuar. so takyahlah berebut kat pintu yang kecil itu.

6- sampai bilik, terus online. skali berym ngan petai. hahahaaa kesian petai, study tak pernah ok. kebayan tolong selagi termampu, ya? lama sungguh tak chat ngan petai ni. petai kata kebayan busy! kihkihkih. saja kebayan nak buat petai rindu kat kebayan lah..hahahaaa memang ngoplah cara kebayan ni. (kalau petai baca, jgn amek serius ok)

7- dah nak offline, kema pulak tegur kat ym. ni lagi satu masalah bila tanya soalan2 pelik camni -bf sihat? -bila nak kawen? lagi satu soalan -BILA NAK ANTA GAMBAR? hahaaaa "kema, aku lupa lah. sungguh! esok aku send. pakai BERUKBANG-ONG ni susah la." mesti kema dah tak sabar nak tengok gambar kitaorang masa makan2 kat umah saya hari tu. tak pun mesti dia nak upload kat fs. haishhh! ni yang saya tak suka. nanti ada hamba Allah yang gedik komen. yang suka sangat cari pasal nak buat owang marah! (pdhal dia jeles sb gmbar dia xde!)

8- dah abes dah cerita saya. nak tidur plak. nite!!

26.2.10

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. awal pagi lagi dah hujan. hujan yang membawa rahmat kerana telah sekian lama cuaca panas. alhamdulillah...

kepada seluruh umat islam,
Salam Maulidur Rasul dari saya...

al-mizan: Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota mekah
Hari yang mulia penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas Rabiulawal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saadah

Abdullah nama bapanya
Siti aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putera yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat ilahi sama disyukuri
Terima putera yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

22.2.10

Kata

kata hati:
lafazkan apa yang terpendam
luahkan segala perasaan
sekurang-kurangnya
walau tak mampu kau miliki
namun dia tahu rahsia hatimu

kata akal:
untuk apa berterus terang
sedangkan kau tahu bagaimana kesudahan
buang dia dari ingatan
belajar untuk melupakan

kata Acha Septriasa(btul x ejaan ni?):
Berdua Lebih Baik

tapi kata saya:
SINGLE itu indah!
"untuk apa berteman
jika tiada kejujuran
untuk apa bercinta
jika bertemankan air mata
untuk apa bersama
jika pengakhirannya kecewa..."

17.2.10

Review: Jaja & Din

baca novel ni macam saya baca diari Jaja. dah tu awal-awal lagi dah terkena. baca mukasurat depan, Jaja pesan baca satu persatu, jangan terus belek belakang. so macam biasa, mesti saya belek belakang jugak. satu bab terakhir mesti saya baca punya. Jaja tulis "selamatlah membaca mulai halaman hadapan ya, khusus buat yang pada saat ini sedang melihatnya dari halaman belakang." hihhiiii, kan dah kantoi! macam tau2 je penulis ni....

Kisah cinta Jaja pada Din. Jaja yang jatuh cinta dengan Din setelah melihat gambar Din. cinta pandang pertama la kot. ermm, tengok gambar pun boleh jatuh cinta. kemudian Jaja menyiasat siapa Din sebenarnya. kebetulan Din bekerja dengan sepupunya tukang perabot yang ketika itu men'design' perabot untuk kondo Jaja. Din ni pandai bab ukir mengukir. bab agama takyah cakaplah. memang terror habes! setelah segala maklumat diperoleh, Jaja minta ibubapanya meminang Din.

novel ni buat saya tersenyum dari awal lagi. ayat sempoi je, tapi leh buat saya tersengih sorang-sorang. nak kata novel islamik, sebenarnya tak juga. sebab Jaja ni sembahyang pun adakala terbabas. aurat plak tak tutup. tapi sejak berkahwin dengan Din, dia mula berubah. (cinta mampu mengubah segala-galanya-kataku) mana tak berubahnya, kalau dah tiap2 malam duk dengar kisah2 nabi, muslimah syurga, mestilah insaf kan?. bestlah Din ni, sebelum tidur bercerita je kerjanya. huishh, romantik ok!

part sedih bila Din tak pulang selepas setahun. Din ke Afghanistan untuk berjihad. saya sangka Din meninggal dunia. oh no, please!!! tapi bukan. mujur tak mati si Din tu. cukuplah Najah (Lili Buat Najah) je hero novel yang meninggal. walaupun ada lamaran setelah Din tidak pulang seperti yang dijanjikan, tetapi Jaja tetap menolak. Jaja nak jumpa dan bersatu dengan Din di syurga. how sweet kaksu! serious watak Jaja selepas kahwin sangat comel. hahaaa (nak jd mcm Jaja jugak!)

bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak, tetapi sebagaimana yang kita rasa- Jaja dan Din

bintang:****

+sempat gak beli novel b4 naek bas! heheheee

11.2.10

Dugaan Terakhir

dugaan oh dugaan. banyak sungguh dugaan sepanjang hari ni. dari pagi sampai petang. ingatkan malam dah tenang. skali datang lagi ujian. mentang-mentanglah last day before holiday. haishhhh!

"aku memberi sebab aku percaya pada kau tapi kau telah khianati kepercayaan itu" *i-shah

saya tak tahu nak kata apa. yang jadi mangsa? Bun! dia yang mendengar bebelan yang panjang berjela-jela. habis orang saya maki (jgn tiru!). habis segala perkataan keluar dari bibir yang comel ini. tambahan pula, mood tak berapa nak ok. perempuan la katakan.

nak tanya kenapa sampai jadi begitu, suara pula taknak keluar dari mulut ni. nak marah, tak sampai hati. so saya pilih diam. yang sakitnya, hati sendiri. dan mereka tidak tahu. adakalanya berdiam diri lebih baik dari berterus terang. tapi kalau mereka selalu ambil kesempatan, adakalanya terasa juga nak ketuk kepala orang-orang itu. toink2!!!

saya sangat2 simple. tidak suka berkira + tidaklah kedekut. saya boleh bertolak ansur dengan sesiapa sahaja. mudahkan? tolong faham. tapi tolong jangan ambil kesempatan di atas kelemahan saya itu. pleaseeee

"Bun- jaga 'ia' leklok tau. mu perlu bersuara bagitahu dia cara aku. serius td aku nak marah sb aku tgk mu wat derk je bila dia buat camtu. tp aku sabarkan hati. sebolehnya taknak kehilangan teman hanya kerana perkara yg nilainya tak sampai RM30."

"adik aku- oit, sikit punya ngop! dah sampai tol gombak hello kat aku apa kes? takde maknanya nak jealous ok"

"my roomate- happy holiday. aku pasti merinduimu. hahahaaaa (geli siot) "

~cuti ni, saya nak tenangkan hati bersama keluarga. semoga bila kembali ke UIA, saya akan lupakan apa yang telah terjadi sepanjang hari ini.~

-maka dengan ini, akan bersawanglah blog kebayan-

Novel Baru Alaf21

Tajuk: PANGGIL AKU NAJIHAH
Penulis: Ana Balqis
Harga: RM19.90
Halaman: 512

NAJIHA, nama gadis itu tetapi Burhan menganggapnya Ellina. Malah berkali-kali lelaki itu memanggilnya begitu. Lalu, dia cuba mengelak daripada Burhan tetapi kebetulan-kebetulan selalu menemukan mereka. Pensyarahnya, Wan Azmi juga menyangka dia, Ellina walaupun tahu nama sebenarnya Najiha.

Kedua-dua lelaki itu mengaku jatuh kasih kepadanya tetapi Najiha rasakan dia hanyalah pesona bayangan Ellina. Justeru itu, dia memilih Redza yang buta sebagai pasangan hidup walaupun keputusannya amat mengecewakan Zarul yang menantinya sekian waktu.

Namun selepas satu tahajud bersama, Redza menghembuskan nafas akhir di pangkuannya. Najiha rebah lagi di kaki takdir. Dia pakai baju Redza, dia tidur beralas pelekat Redza. Air matanya tumpah tiada tersukat. Luluh seluruh hidupnya. Dia rasakan semua itu kerana dosa-dosanya yang lalu.

Siapakah Najiha sebenarnya? Apa kaitan dia dengan gadis bernama Ellina? Dan mengapa Najiha menolak Zarul yang telah banyak berkorban untuknya? Benarkah dia mengasihi suaminya sedangkan dia tidak pernah lupa kasih sayang Wan Azmi? Bagaimana pula dengan Burhan? Apa pun tragedi yang ‘mengalir’ di laman hidupnya atau berapa banyak persoalan yang disogokkan kepadanya, dia cuma mahu dikenali dengan nama Najiha dan hidup sebagai Najiha.

-------------

Tajuk: SALJU CINTA
Selenggaraan: Nuriz Aida
Harga: RM18.00
Halaman: 464

BAGI Irfan, cinta tidak ada lagi di dunia ini sebaik sahaja nyawa Maziah terpisah daripada badan. Pemergian Maziah turut membawa bersama kehidupan lampaunya yang penuh kebahagiaan. Dia mula menjadi lelaki yang tegar menabur cinta kerana hatinya keras menyatakan cinta itu hanya untuk Maziah.

Kemunculan Ilyana yang sarat dengan rahsia telah mengikis keegoan Irfan sedikit demi sedikit. Dia juga sukar mempercayai cinta kerana cinta telah memusnahkan seluruh hidupnya. Kerana dendam, dia sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa korbankan nyawa.

Fauzan, lelaki durjana yang telah menghitamkan kanvas kehidupan Ilyana. Kemewahan yang dimiliki dijadikan umpan untuk menarik perhatian wanita. Namun, biar berpuluh yang cantik dan jelita datang menagih kasihnya, hanya Ilyana yang ingin diburu.

Fikir Ilyana, baik Irfan atau Fauzan... kedua-duanya harus dijauhi. Dia tidak sanggup membiarkan hati terus berdarah. Berhenti atau berlari, dia akan pastikan tiada siapa bertakhta di jiwa. Biarlah dia sendiri meladeni kesedihan ini! “Biar jarak dan masa jadi halangan, jika ada jodoh... kita bertemu semula.”

sumber: Alaf21

10.2.10

novel baru karnadya

"Kau bukan yang pertama
Namun kalaulah yang terakhir"

Sinopsis:

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.

Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.

Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.

Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.

Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru daripada Mimie Afinie.
** masuk LIST untk PBAKL nanti;-) shopping sakan la nampaknya...

-----------

“Cinta sempurna adalah cinta kepada-Nya.
Tidak layu, tidak tua dan kekal selamanya”


"Saya sanggup meninggalkan segala sandang dan gelaran demi kasih saya terhadap dia..."

Sinopsis:
Cinta itu indah. Cinta itu anugerah Allah. Cinta juga pemusnah. Bercinta tidak semestinya memiliki. Berkasih tidak bererti disayangi. Jadi apakah sebenarnya cinta?

Rinnie seorang gadis biasa yang mulai diresapi rasa cinta ketika hilang dari alam nyata. Namun cintanya, cinta terlarang. Lantaran cinta terlarangnya itu, Rinnie sukar membuat keputusan kerana ada insan lain yang menagih kasih daripadanya. Namun perasaan kasih, sayang dan cinta terhadap cinta terlarangnya begitu menebal di jiwa. Mampukah Rinnie memilih satu di antara dua?...

sumber: Geng Kicap

8.2.10

Aku dan Novel Alaf21








Aisya Sofea
-fav: Kau Untukku














Damya Hanna
-fav: Bicara Hati
















Anis Ayuni
-fav: Manisnya Cinta









apabila novel2 from my fav novelisss di gabungkan









lain-lain penulis: -Eka Fahara -Dhiya Zafira - Aleeya Anisa -

























saya create satu album untuk novel2 alaf21. tujuannya: nak berkenalan dengan peminat2 novel di alam maya. dah kat dunia realiti saya, tak ramai kawan-kawan yang boleh saya bercerita tentang novel terbaru atau memberi komen tentang novel2 yang menarik.

bukan alaf21 je yang saya suka baca. keluaran lain pun ada... cuma tak sempat nak snap pic ari tu. niway, kepada korang di luar sana yang "antu" novel. selamat berkenalan dari saya;-)

6.2.10

Review: Pergilah Air Mata

sebenarnya cerita ni asalnya e-novel yang dinovelkan. faham?(kalau tak faham,buat2 faham sudaaa..) saya pun dah baca novel ni separuh kat blog penulisnya Hanni Ramsul. kiranya novel ni adalah jawapan untuk persoalan yang masih tergantunglah. tentang kisah hidup Dayana, Badrul dan Sabrina. bagaimana Badrul handle rumahtangga2 dia tu. happy sebab akhirnya mereka tidak bermadu;-)

memang sesuai sangat tajuk ngan jalan cerita. menangis je memanjang si Sabrina ni. kesian jugak! tapi hidup ni kadang2 kita perlu menghadapi kesedihan sebelum mengecapi kebahagiaan. persoalan lain- macam mana Sabrina tahu yang Maria mengkhianatinya dan merancang tangkap khalwat tu. saya jangkakan Badrul yang siasat sendiri dan mengorek semua rahsia, skali salah tekaanku.

huhuuuu, rupanya Iskandar betul2 mahukan Sabrina. oklah tu. at least watak Iskandar hidup sampai akhir cerita. sekurang-kurangnya saya tahu apa yang terjadi pada Iskandar. ingatkan bila dah terlepas malam yang sepatutnya dia ditangkap dengan Sabrina, watak Iskandar dah tak muncul lagi dah.

sekejap je bila baca novel ni walaupun tebal, yang dah dibaca tu hanya belek2 seimbas lalu. tak baca setiap patah perkataan. part yang takde kat e-novel je baca betul2..heheheee nasib baik ending seperti yang kujangka. kalo lain, memang saya campak novel ni(cmpak dr katil ke bwh je pun) niway, saya kasi ****

sinopsis belakang novel: Klik Sini

4.2.10

Novel Baru- Anis Ayuni

Apa sebenarnya pengertian kasih dan rindu bagi seorang lelaki bernama Mohamed Hijaz kalau sekadar menjadi pengucapan yang terlalu murah harganya hingga sesuka hati diucap kepada sesiapa sahaja?

‘Mengapa jadi begini? Mengapa tak setia dalam berkasih?’ Kesal dan terkilan mengongsi sel...uruh ruang dalam hati.

Dalam sendu, aku menghitung langkah kaki Hijaz mendapatkannya. Bertaut Jari-jemari dan mereka berjalan seiringan. Aku meraung di dalam hati mengenangkan sepatutnya akulah yang berada di situ seperti yang Hijaz janji. Namun, aku tiada upaya mengubah kehendak takdir. Impian bersanding dengannya hanya mampu aku hadirkan dalam bayangan.

‘Dirikan mahligai kasih, bina jangan sampai runtuh. Hanya satu pesan dan doaku, ALLAH jangan kau lupakan ...’ bisik hatiku meminjam lirik lagu yang pernah aku dengar suatu masa dahulu.

Darwina: Aku tahu, Hijaz sedang berbahagia kini. Hatiku pula masih bergelandangan. Masih tercari-cari dahan kasih untuk berpaut.

“Cinta yang menyakiti, sewajarnya dihindari.”

Darwina: “Mengapa suami-suami selalu begini? Mengapa tidak setia dan suka bermain kayu tiga? Dah tak ingat agaknya, sumpah setia dan janji yang dilafaz sewaktu memadu cinta sebelum akhirnya melangkah ke alam rumah tangga?”

sumber: Facebook Alaf21

**buat saya xsenang duduk. beli sekarang atau tunggu Pesta Buku?

2.2.10

cuti dan sakit

cuti yang macam tak cuti. assignment bertimbun tapi satu apa pun tak sentuh. tak sempat bukan tak nak buat! tapi saya bersyukur sangat, godek punya godek kat internet skali ada jawapan untuk assignment Software Engineering. hihihiii, bukan nak meniru tapi apa guna kemudahan teknologi yang ada kalau kita tak menggunakannya.

sekarang dah balik UIA. buat cuti sendiri untuk hari isnin. biasalah tu. bas yang saya naik tu agak giler laju lah. pukul 11.45pm dr KB sampai Hentian Putra pukul 6.15am. sampai sakit kepala ni tau! tup2 tengok gigi berdarah lagi. eeeee!!! dah la esok ada mid-term Numerical Computation. dah study? mestilah TIDAK. nak start study malam ni. Insya Allah.

badan pula macam tak berapa nak sihat. gigi masih sakit, masih lagi berdarah. logiklah kalau berdarah pun, sebab sepatutnya jahitan kena buka selepas seminggu tapi saya buka selepas dua hari. huishhh! berani tu.

batuk dan kadang2 selesema. kat kelas tadi pun dah ada yang tegur.
"Cah, mung ni cam baru lepas nangis je"-cikin ganung
mana tak macam lepas menangis, dah batuk mestilah mata pun berair. nak batuk kuat2, mulut pulak sakit kesan cabut gigi ari 2 hari lepas. aduiiii seksanya. janganlah demam sekarang. keje banyak!

sem ni saya rasa macam saya banyak kali sakit. kesian kat badan, selalu lemah. kali ni kena kuat! lawan rasa sakit. tak leh nak manja2 lagi dah cikcah!

ok stop. sampai sini dulu
-nak makan nasi
-nak makan ubat
-nak study sikit
-nak tidoooooo

1.2.10

Novel Baru Alaf21@Karnival Karangkraf

Aku Mahu Kamu
Penulis Aleya Aneesa
Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd
500 mukasurat
isbn: 9789831245064
Harga: RM19.90
Sabah Sarawak: RM22.90





"Kembalilah kerana kau adalah sebahagian dari diriku."

sinopsis:

Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan kesalahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yg tidak merintih setelah kehilangan satu2 permata hati? Pemergian Faiq yg dijemput ILAHI benar2 meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.

Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendiri sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun berat hatinya, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yg baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dgn Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.

Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dgn rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.

=============================

Salju Cinta
Penulis:Nuriz Aida
Terbitan Alaf 21
Cetakan pertama 2010

"Hangatnya kasihmu membawaku jauh ke dalam mimpimu"

sinopsis:

Bagi Irfan, cinta tidak ada lagi di dunia ini sebaik sahaja nyawa Maziah terpisah daripada badan. Pemergian Maziah turut membawa bersama kehidupan lampaunya yg penuh kebahagiaan. Dia mula menjadi lelaki yg tegar menabur cinta kerana hatinya keras menyatakan cinta itu hanya untuk Maziah.

Kemunculan Ilyana yang sarat dgn rahsia telah mengikis keegoan Irfan sedikit demi sedikit. Dia juga sukar mempercayai cinta kerana cinta telah memusnahkan seluruh hidupnya. Kerana dendam, dia sanggup lakukan apa sahaja walaupun terbaksa korbankan nyawa.

Fauzan lelaki durjana yg telah menghitamkan kanvas kehidupan Ilyana. Kemewahan yg dimiliki dijadikan umpan utk menarik perhatian wanita. Namun, biar berpuluh yg cantik dan jelita dtg menagih kasihnya, hanya Ilyana yg ingin diburu.

Fikir Ilyana, baik Irfan atau Fauzan... kedua-duanya harus dijauhi. Dia tidak sanggup membiarkan hati terus berdarah. Berhenti atau berlari, dia akan pastikan tiada siapa bertakhta di jiwa. Biarlah dia sendiri meladeni kesedihan ini!

"Biar jarak dan masa jadi halangan, jika ada jodoh..."

Sumber: Geng Kicap