9.11.10

Tak Mungkin Ku Hindar

kasihku, sayangku, cintaku tiada dua, namun mengapa hatimu penuh curiga?

novel yang sangat menarik! best sangat2! pinjam atie punya. dah lama dah nak novel ni, masa PBAKL lagi. dah kirim kat ina, skali saya salah kasi tajuk pulak. tajuk novel ni tak sama dengan yang saya baca kat penulisan2u. takpe. penulis dan jalan cerita tetap sama. hurm, walaupun dah baca saya nak beli untuk koleksi peribadi. tak rugi:)

lain dari yang lain. Maria a.k.a Lia, gadis yang hanya belajar sampai tingkatan 4 kerana kemiskinan keluarga. cuma pekerja kilang. tapi dia tabah. dia kuat.

berkisar hubungan kekeluargaan, tentang tanggungjawab seorang ayah. ayah lia tinggalkan ibunya untuk perempuan kaya. ibunya dan dia sering dipukul sejak ayahnya kenal perempuan tu. nanti baca sendirilah. hehee

pastu kisah hisyam dan lia. bila hilangnya kepercayaan dalam perhubungan suami isteri. saat dugaan mendatang, masing-masing membawa haluan sendiri. fitnah dari salina yang tak pernah lekang, tapi hisyam tak pernah percaya dengan kata-kata maria. sehinggalah kebenaran muncul sendiri suatu masa.

hisyam: baginya, perkahwinan bukan perkara main-main. perkahwinan bukan untuk sehari dua. perempuan untuk dijadikan isteri perlu dipilih dengan teliti dan berhati-hati. dia yakin, kalau ada jodohnya nanti, pasti Allah akan memberikan kepadanya isyarat kerana jodoh itu Dia yang menentukannya.

"seorang lelaki dan seorang perempuan tidak akan bercinta kalau masing-masing tidak tertarik antara satu sama lain"

kata saya: jujur dan percaya. dua elemen penting dalam suatu perhubungan. untuk apa diteruskan lagi perhubungan jika sudah hilang kepercayaan dan tiada lagi kejujuran?

jom layan blog penulis ni---> Ana Sofiya
congrats to da writer:)

2 comments:

Ezzu Raza said...

Betul tuh..kalo tak jujur n percaya..wat sakit kepala n otak jek..

luahan said...

salam... kak sofi terharu sangat ni! thanx atas review yg anda buat. nanti kak sofi link kan ke satu entri jap lagi, ya!
mmm, mekasih byk2.

p.s: dah baca ke buku aisya sofea, masih setia. boleh story sikit tak? kak sofi minat dia sangat.. hehe