29.10.10

Simpton-simpton Bila Nak Final Exam

1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (ye lah. saya jadi pendiam agak2 3 jam nak masuk dewan. time ni lah nak hafal main point. supaya senang nak goreng)

2. Membaca dengan kadar yang cepat. (tak perlu faham, yang penting ingat. at least kalau takleh jawab, sekurang2nya hati kata..erk, cam pernah tgk je word ni)

3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut. (selalu memang saya makan kat bilik)

4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam-macam. (memang! time ni la nak kalut sembahyang hajat. kalau boleh nak suruh semua ustaz tolong doa untuk saya)

5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga. (serius pernah camni. dah tension sangat kan. nyanyi je la)

6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.)

7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (soalan biasa kalau dah jumpa member: dah banyak ko study? selalu roomate jadi mangsa kena tanya camtu)

8. Kalau main message tu balas sikit. sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang-panjang. (yup. takyah mesej2. call. cakap sampai habis. so, takyah buang masa untuk taip sms)

9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. Selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang. (memang saya selalu kat bilik lah. weekend je kuar)

10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (pernah nak pi basuh tangan lepas makan, bawak highlight!)

11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh member beli. (buat megi goreng)

12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir masa (betul2. selalu simpan laptop dalam locker, tapi on9 gak guna laptop roomate. kejap je pun)

13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. (sebijik kena! kamus kat tepi bantal kot)

14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih. (xdelah sampai teruk macam ni)

15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up. (stay up tak stay up, study atas katil)

16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak. (bukan meja je bersepah. katil pun)

17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti(normal la ni)

18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak. (taklah blurr sangat)

19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu. (ishk. ni dah tahap kritikal dah ni)

20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. (azam tahun baru je. berserah + redha je la)

okai... kepada korang yang telah, sedang dan akan menghadapi final exam:
wish u all the best:)

semoga kejayaan milik kita bersama.insya Allah. aminn...

ini 1st post kat 100penulis. credit to cikzuzu:)

1 comment:

Miya Omar said...

simptom miya kalau nak exam lain sikit, berat badan makin bertambah sebab asyik makan je takut nanti jawab exam lapar. Haha (: