27.10.10

Memilih Gadis Berdasarkan Blognya

"Aku suka tengok blog-blog gadis macam ni, sharing info dan kiut. Nampak pandai depa manage blog dan layan visitors, marketing pun mantap. Banyak blog gadis remaja macam dini, dan seriusly kalau korang single dan nak cari isteri online, cuba cari owner blog yang gaya dia macam ni. Blog yang kemas, menarik dan meriah dengan komen dan visitors. Entry pun pandai disusun dengan baik dan kelakar, topik yang dipilih pun tak membosankan. Celotehnya aku percaya boleh dibawa ke meja makan, depan TV, kenduri kendara, majlis makan-makan sama keluarga dan juga pastinya sampai ke dalam kelambu.. ehem ehem...

Betul. Selain kesungguhan dia manage blog, boleh nampak tidak cara dia komunikasi? Itu yang penting. Perhatikan cara dia menangani komen-komen, anonymos, shoutbox, dan forsmpring dia. Tengok cara dia susun kemasan blog dia untuk senangkan semua visitors. Semua itu menunjukkan sikap dia, emotional intelligence serta kapasiti budi bicara dia. Bukan senang hal ini okey. Semestinya kita boleh tengok sesetengah personal blog, owner dia tak begitu pandai berkomunikasi dan melayan tetamu. kan?

Okey. Gadis yang mempunyai blog yang menarik ini juga, kalau dia suka satu-satu benda, nampak sekali dia jaga benda tu betul-betul, hias betul-betul, dan manage betul-betul. Cuba bayangkan kalau dia dah cintakan seseorang? Bila dia manage blog dia semantap itu, bayangkan juga apabila dia manage rumah korang nanti, anak-anak, makan pakai, masak memasak dan kewangan. Perkgh, surga tu beb!

Tapi sayang aku tengok ramai yang ada boyfriend. Alah, baru boyfriend ye dak? ngeh33...

Actually kan, sebab ramai awek-awek sekarang ada blog, nanti aku rasa mende ni jadi trend. Cari jodoh online secara berhemah. Lain gadis, lain paras blognya, maka aku rasa sikit sebanyak kita boleh baca personaliti dia melalui blog dia. Apatah lagi jika kita nampak dia obsessed dengan blogging, selalu update dengan penuh minat, kita akan dapati dia dan blog dia semacam sekufu atau relevance atau identified*. Therefore, spisis blog sebegini adalah easy target orang putih kata.

(* identified: to serve as a means of identification for: His gruff voice quickly identified him.)

Haa... begitu.

Contoh senang aku kasi. Header. Gadis pakai header standard mcm blog aku ni, susah nak teka peribadi dia macam mana. Dia mungkin tak ada masa, atau dah boring tukar header atau memang dia sejenis simple, old fashion dan suka berahsia. Jadi gadis yang berheader standard ni sukar didekati, kena kenal betul-betul baru tahu apesal blog dia header simple lagu tu. Jadi kena baca dulu entry dia. Kalau entry pun sebulan sekali, 10 baris aje pulak tu, maka ketahuilah dia memang tak minat blogging, blog dia langsung tak boleh dijadikan petunjuk. full stop.

Kalau header ada gambar sendiri dengan posing sopan, comel dan professional, selain secara simplistiknya menunjukkan dia memang kaki posing, perlu juga diingat, ia juga menunjukkan tahap keyakinan diri yang tinggi. Walaupun mungkin kos maintenance dia juga tinggi, tapi tak apa sebab gadis sebegini pandai berdikari, kretif justeru murah rezeki.

Itu baru header, belum masuk widget current readers online dia.

Perkatan 'current online' tu dia tukar, jadi benda lain agar nampak lebih vogue. Ada yang, '8 sedang tekun membaca', '5 eyes blinks on me', '2 budak manis sedang skodeng', '8 pengintip ini blog', dan '12 orang sedang berbahagia' hehe. Nak cakap berapa ramai orang online ja, tu ja. Tapi, punyalah kretif. Belum masuk bab komen. 30 orang tinggal jejak, itu biasa. Ada yang 34 orang romen. What?? Haha. 28 orang sayang aku. Macam-macam gaya. Nak cakap berapa orang komen ja. Itu kretiviti, cara penyampaian. Kadang kiasan. Korang kalau nak tekel gadis ini macam kena pandai baca body language dia, kiasan dia dan hint dia. Jangan terlalu beku dalam melayan karenah diorang dan kena rajin teman diorang window shopping di butik Vincci, Simplisiti atau Gucci.

Lagi satu, perasan tak kadang-kadang bila kita tengok layout blog seseorang, kita rasa suka sangat dan berkenan. Ia macam masuk dengan citarasa korang sendiri, warnanya, designnya, fontnya dan sebagainya. Itu menunjukkan korang dan tuan punya blog mempunyai banyak 'citarasa' yang common. Bukankah perkara ini cukup baik? Kan? Apalagi, taip kat formspring dia seketul soalan berbunyi 'hai boleh berkenalan, nice blog.' hehe. Kalau kita jumpa blog seorang gadis dan kita tengok layout dia lain macam, 'eh, nape letak profil kat kaki blog?', 'eh, nape kaler tak match?','eh, peliknya kotak komen dia kah kah kah macam gamp***.' Maka kita dah dapat tau ada gap besar pada personaliti kita dan dia, jadi abaikan saja.

Boleh juga tengok pada taste dia dalam memilih widget di side bar dia. Ada yang kemas, ada yang nice-nice, ada yang berserabut sampai nak cari archive dia pun makan 15 minit.

Yang nice-nice tu kira bagus secara average.

Ada gadis, blog dia punya sidebar simple saja. Kemas semestinya, nampak begitu smart dan matang. Dan sebenarnya kalau ditilik baik-baik, blog dia mewah isi, post dan ada banyak link kat situ yang menuju ke pelbagai page dia. Kita kena pandai cari. Ini gaya gadis yang suka dibaca, suka dibelai, dan suka diberi perhatian. Gadis sebegini juga senang merajuk tapi cepat sejuk. Dia secara fizikal mempunyai penampilan biasa-biasa, tetapi pandai membuat surprise dan menjana suasana yang warna warni dalam satu-satu majlis. (saya yang ni kot. hihihiii)

Dalam acara blogging ni, yang paling penting aku rasa adalah faktor kretivitilah. Gadis yang punyai blog menarik pasti mempunyai daya kretiviti yang cukup tinggi dan luas. Kretiviti yang ditunjukkan oleh design blog serta celoteh yang menarik pada entry-entry blog pasti akan membuatkan ranjang korang nanti membara sakan. Haha. Jangan fikir aku nak melucah sebab benda ni fundamental, aku ketuk kepala tu karang baru tahu.

Itu bab yang sedap, kalau bab tak sedap pula, kalau tak kena gaya, aku rasa telinga yang panas membara dengar 'celoteh' dia nanti ;p. Lebih-lebih lagi yang jenis blog entry dia punya berjela-jela. Tak puas hati satu benda aje, tapi tu dia 10 perenggan dia kasi sembur. Korang tahan aje lah nanti bila entry tu dia publish dalam format mp3. Perkgh, berdesup kat telinga. Tapi takpa la, itu uniknya perempuan. Berleter ni kalau ada kat lelaki, langsung tak kena. Sumpah.

Ada juga yang jenis suka tukar header. Esok gambar kanggaroo, lusa dah tukar jadi gambar Rajnikand. Minggu depan tukar lagi. Haa... yang jenis macam ni kena prepare awal-awal. Korang kena fleksibel, tak boleh sentiasa guna posisi sama nanti dia boring dan terus menyebabkan korang turut boring heheheheh. Bukan itu saja, jenis gadis macam ni korang kena banyakkan surprise, buat kejutan, banyakkan keluar bersiar, dan pandai pujuk dia kalau angin dia sentiasa berubah.

Yang penting, carilah gadis yang menulis entry sopan, bermanfaat dan kelakar dalam kelas tersendiri. Perkara ini cukup penting. Elakkan mengorat gadis yang entry dia suka kutuk sifat orang. Asyik marah-marah dengan bahasa kasar. (kena bold yang ni) Melalui cerita dia nampak dia terlalu one-sided, langsung tak consider 'situasi orang' yang mungkin berbeza dan bersebab. Bahasa pula ya rabbi. Memanglah personal blog kita boleh claim ikut suka kita nak buat macam mana. Haa... benda personal itulah yang dibawa ke dalam kelambu, dalam kamar, depan tivi, dan kat dapur nanti. Serius! So, boleh aku kata, kita boleh kenal orang lebih tepat melalui 'personal blog' dia.

Hmmm...

Hakikatnya. Kita susah nak menelah perangai orang dan perangai merupakan perkara paling susah kita nak ubah. Benda aku sembang ni bukan one shot one conclusion. Juga bukan terlalu menuju konklusi, semuanya adalah idea dan sesuatu yang kita boleh pertimbangkan.

Memang aku kat luar suka tengok gelagat orang, dan bila buka blog, aku pasti korang pun sama suka tengok gelagat blog. Dan aku juga pasti korang sedikit sebanyak boleh baca benda-benda macam ni. Bila kita scroll dari atas ke bawah sebuah blog, sedikit sebanyak kita boleh bayangkan personaliti tuan dia macam mana. Kadang-kadang juga kita boleh tengok macam mana entry-entry dia contradict dengan design blog dia, widget dia, dan komen-komen dia. Seriusly. Kalau kat luar, entry-entry tu macam benda yang cakap dan design blog dia adalah apa yang dia pakai. Then we can see how these two things relate, right? hehe."

di kopipes dari Kecek-kecek Sendiri

hihihiii, suka baca post ni:) nice~ sekarang, my bucuk pun dah ada blog. ntah mimpi apa tetiba nak wat blog pagi ni..hahahahaaa.
-cepatlah petang! tak sabar nak balik jumpa my blogger boy-

2 comments:

- zuriey - said...

berapa la dah buat penyelidikan pasal ni..rajin dia..

cendera jiwa said...

alah utk gadis je ke.. jejaka x de?