31.10.10

Masih Setia - Aisya Sofea

kau bilang sayang
aku kata benci

Miera - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? (oh please, kenapa ayat dari aisya sofea selalu membuai rasa dan mengusik jiwa ini?)

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?

okey. ni sinopsisnya. hutang last post:)

5 comments:

zety h said...

salam. seronoknya jumpa blog awak ni! :) dah lama mencari orang yg pandai menulis review for novel melayu.
p/s: kat mane beli buku ni? dah penat cari satu KL tak jumpe jg. pls advise. tQ

puteri_kebayan said...

wasalam. thanks;)
ini sinopsis dari belakang buku, kalau yang review...
saya akan tu;is kat post tu, review..
novel ni paling awal pun akan keluar minggu ke-2 november.

Anne said...
This comment has been removed by the author.
Anne said...

Assalamualiaikum..:)
terima kaseh kerana adanya blog ini..
dah lama sy mcri blog yg ada rencanakan tntg preview novel2 melayu..sy suka sngt2:)
AISYA SOFEA mmg novelist yg hebat..sy slh seorg pminatnya..:)
i love malay novel exp aisya sofea..
truskan usaha awak ye dlm mrencanakan
novel melayu ini..he3:)

Anne said...

i love malay novel