7.10.10

Akhirnya...

setelah dua hari menanti dengan penuh sabar dan tenang:) hahahaa.. tenanglah sangat. dupdap...dupdap, takut tak sampai sebab salah kasi poskod. akhirnya sampai jugak apa yang dinanti. huh! penantian memang satu penyeksaan lah.

ini dia... pegi amik kat ofis tadi. semalam dah ada nama, tapi tak sempat nak amik. ishk!! tak patutlah pos malaysia ni. tak kasi sampul plastik. ada plak main tampal camtu je.

hah. dah tampal camtu, bila dah buka mestilah jadi camni. sedih tau. ni kira dah buka dengan penuh cermat dan gaya berhati-hati tahap dewa dah ni. tapi tetap rosak jugak:-(

warna dan corak dah cantik. tapi tak suka lah perkataan tu. ignore. unfair. heartbroken. ape ni bucuk? tak baca dulu ke?
aduiii, sabor je lah.

bucuk dah cakap, dia kasi kad kecik. tapi tak terfikir plak saiz kad tu kecik sangat. takpe2. comel jugak. kat depan kosong, tapi kat belakang kad ni ada tulis ~you're everything to me

haa..ni lah tulisan my bucuk. hahahaaa. bersangka baik: mungkin masa tulis ni, dia cuma bawak sebatang pen hitam sahaja. so, takleh nak berangan dapat kad yang colourful. o... bucuk balut sendiri, patutlah senget-menget. hahahaa takpe2. ayang suka:) p/s: nanti ayang cuba jugak balik hujung bulan ni. erk, dapat hadiah novel plak kan kalo balik?

yeay!! akhirnya, novel "Jauh Kau Pergi" dah ada di tangan. suka sangat. sangat suka. entah bila nak mula baca. hurmm, weekend ni kot :)

to my bucuk: terima kasih daun keladi, next sem leh la hantar lagi. hehehee tapi kalo nak pos camni, balut cantik2 pastu balut lagi skali. so, taklah rosak pembalut tu. dan paling penting, ayang leh recycle pembalut tu macam sebelum ni. thanks banyak2 sayang. love u.. forever n ever. muah (ayat bodek!)

aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari sepatutnya. sesungguhnya, dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. dia hanya seorang sahabat. namun, sesuatu berlaku menyebabkan haluan kami berubah. tiba-tiba aku memilih dia. aku mula mengait rindu buatnya. aku kasihkan dia lebih dari segalanya.... untuk dia, aku sangup hadapi semuanya. kerana dia, aku rela pertaruhkan nyawa. hanya untuk dia, aku redha. ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya tidak kena? -JKP-

love~siti aishah sayang muhamed nain~love

2 comments:

Encik Bulan said...

Tahniah, dapat pakwe yang baik lagi penyayang :) semoga berkekalan ye ;)

Anonymous said...

padea balut dgn ketah minyok jah nyoh! hahahahahah