1.9.10

Kalau Aku Salah

post ni kena guna ganti diri aku. sebab untuk kau. kan lebih mesra:)
aku nak minta maaf. dalam bahasa inggeris, orang putih cakap sorry. bahasa arab, aku tak sempat belajar perkataan tu apa.

mungkin semalam aku ada terkasar bahasa. aku pun tak tahu kenapa aku boleh keluarkan kata-kata macam tu kat orang tercinta kau. alasan aku, sebab aku sakit hati tengok mata kau dah bengkak. tidur sekejap, pas sahur tak tidur. duk online facebook pastu nangis. mestilah aku sakit hati! bukan jealous k. aku sayang kau. aku dah jumpa kebahagiaan yang aku cari dan aku happy bila lihat kau bahagia jugak.

aku cakap macam tu sebab kau yang mula bercerita apa yang kau rasa. aku jadi sakit hati pada orang yang tak reti menghargai ni. aku harap kau boleh terima alasan aku ni sepertimana kau terima alasan orang tercinta kau. tak dapat A pun tak apalah. janji kau percaya jugak walaupun sikit.

kau ingat lagi tak pesanan aku kat post dari sahabat kepada sahabat? kau baca semula post ni, kau akan tahu betapa aku menghargai kau sebagai seorang sahabat. ni aku copy balik: satu pesanan dari aku, jangan terlalu mudah menilai lelaki. mereka ada 9 akal. macam-macam cara dia boleh tipu kita yang hanya ada 1 akal. tersilap langkah, kita jatuh. kita yang rasa sakit itu.

jahat kan aku bila aku cakap:"lepas ni kalau kau nangis, jangan lah mesej aku lagi." ya. memang jahat pun. nain pun kata aku jahat bila buat kawan macam tu. masalahnya kau bukan kawan aku. kau sahabat aku walaupun aku mungkin hanya kawan pada kau. aku nak ada bila masa kau susah. tapi kalau aku ada, nanti tak pasal2 aku terburuk sangka pulak kat orang tercinta kau yang baik itu. so, senang cerita. aku tak campur dah bila melibatkan masalah cinta ni. lagipun aku bukan doktor cinta. aku budak ict yang selalu happy~

kalau kau sedih untuk sebab lain, aku akan ada temankan kau. tapi bukan untuk sebab yang sama macam hari kelmarin. kalau kau nak sedih sebab orang tercinta kau layan kau macam biasa, sebab orang tercinta kau tak dapat dihubungi, sebab terasa hati ngan post orang tercinta, sebab kau rasa tiada hak sebagai seorang kekasih dan sebab kau rasa macam dipermainkan. maaf. aku tak dapat lagi nak temankan kau. ini kerana kalau aku pergi tenangkan kau pun, lepas orang tercinta kau call dengan alasan tertentu. automaticly kau akan kembali senyum:) dan aku akan terus ingat air mata kau yang telah mengalir tu.

biasalah tu, lumrah bercinta. sedangkan lidah lagi tergigit, suami isteri yang tidur sekatil pun bertengkar, apatah lagi kita pasangan yang masih belum ada apa-apa ikatan. yang penting, kena tabah hadapi segalanya. perlu bersangka baik jugak sepertimana kau nasihatkan aku semasa aku sedih dan curiga dengan nain. terima kasih untuk nasihat kau. dan sampai sekarang aku bersangka baik tau. aku pun nak percaya dia sampai A macam kau lah lepas ni.

tak banyak, tapi sedikit mesti hati kau tercuit dengan tanggapan aku semalam. kalau aku kat tempat kau pun, aku terasa bila member cakap bukan2 sedangkan alasan orang tercinta berikan sangat kukuh. jadi, sekali lagi aku cakap:
aku mintak maaf banyak2 sebab dah tersalah sangka.
SORRY for everything
~

1 comment:

idanirha said...

tak..mu xperlu mintak maaf la..aku yg patut mintak maaf ngan mu..susah2 mu datang blek aku sbb mu dgr aku nangis..thanx tak..jasamu akn ku kenang..:)
ape yg mu gtau aku pasal dia,aku xpenah salahkan mu..mu jgn salah faham..doakn aku tabah tak..:)
aku pun bukan anggap mu kawan..aku anggap mu lebih dari tu..sabahat ketika susah n senang..aku sayang ko mu tak..ni pengakuan kedua aku..:)
xyah susah2 nk record la yg aku sayang ko mu..mu bleh copy paste cni jah.:P