11.9.10

Antara Cinta dan Keluarga

cinta atau keluarga?

"Kenapa tiba-tiba saja saya melontarkan soalan ini? Kerana ada orang yang membuang cinta kerana keluarga dan ada juga orang yang membuang keluarga kerana cinta.
Orang yang cintanya sesuci embun, tetapi terhalang oleh keluarga sanggup membuang cinta tersebut biarpun sakit kerana sayangnya kepada keluarga melebihi nilai cintanya. Manakala orang yang mengagungkan cinta pula rela membuang keluarga kerana keagungan cintanya mengatasi keagungan cinta Romeo dan Juliet.
Orang pertama yang membuang cinta kerana keluarga dipandang mulia kerana tidak rela menyakiti hati keluarga yang disayangi. Manakala orang kedua yang membuang keluarga dilabel anak derhaka kerana menukarkan cinta dengan kasig sayang keluarga.
Namun, cinta itu sesuatu yang halus, indah dan sukar difahami. Perikatan keluarga pula sukar diputuskan.
Betapa hebatnya cinta pasti ada kurangnya. Betapa kerasnya keluarga pasti ada lembutnya. Cinta tak boleh bernafas seenaknya tanpa restu keluarga. Keluarga akan sepi tanpa kasih sayang sejati. Kasih sayang sejati pastinya tiada dalam paksaan, termasuk paksaan dalam bercinta.
Cinta suci dan keluarga mesti diupayakan agar tidak terbuang mana-mana satu kerana kedua-duanya amat bernilai.
Cinta kepada pasangan dan kasih sayang keluarga mesti hidup dan subur beriringan. Sekiranya kedua-duanya dipisahkan, manusia tiada banyak pilihan untuk menikmati hidup yang bahagia!"
sumber: Cerita Kaki Lima

kalau terpaksa membuat pilihan antara cinta dan keluarga, saya pilih... TAK TAHU!!! melepaskan atau meneruskan, kedua-duanya perlukan kekuatan. andai kata saya lepaskan cinta yang ada, yang pasti hati dan jiwa saya merana. orang yang saya sayang juga mungkin turut bersedih. andai kata saya teruskan, banyak hati yang akan terluka dan saya tak sanggup melihat keluarga bersedih kerana saya.

so how? nak pilih mati, boleh? ishk, tu ayat orang yang tak ada iman lah cikcah! saya nak pilih dua-dua. nak teruskan kebahagiaan bersama keluarga yang saya rasa selama ini bersama orang yang saya cinta. tapi kalau kena pilih salah satu, maknanya akan ada yang terpaksa dikorbankan. erkkk, ayat macam raya haji la pulak!

tolonglah. saya tak nak buat pilihan buat masa sekarang. jangan buat saya bersedih. pleasee:-(