7.5.10

Dari Sahabat Kepada Sahabat

aku tak nak dah tengok kau sedih lepas ni. ahad ni bila aku jumpa kau, aku nak tengok kau senyum macam dulu-dulu. bukan senyum plastik macam pagi tadi. buat-buat senyum sebab nak tutup rasa sedih. buruk senyum kau pagi tadi. aku dah lama kenal kau lah!

bun, cukuplah menangis. aku yang tengok ni pun rasa penat. huhuu, aku bukan sahabat yang turut menangis bila sahabatnya menangis bun. semalam terbukti. aku tak boleh menangis. aku bukan macam dila yang boleh menangis sama-sama. bagi aku, kalau sahabat aku bersedih aku perlu ada untuk menenangkannya. bukan untuk turut sama menangis. itulah aku. aku nak jadi sahabat yang boleh buat sahabatnya tersenyum ketika bersedih. kalau dua-dua menangis, tak bestlah bun. kan?

bun, semalam entah apa-apa nasihat aku. tapi kan bun, sekurang-kurangnya hubungan kau ada noktah walaupun bukan seperti yang diharapkan. kau sedih. ya. tapi sedih untuk sesuatu yang pasti bukan milik kau lagi. bukan sedih dengan persoalan yang tidak ada jawapan. kau tahu maksud aku kan? lagi sakit bila dia buat tak tahu, kita tak dapat hubungi dia untuk tahu di mana tempat kita sekarang. he respect you as a woman. aku boleh kata dia gentleman. dia berani memutuskan. dia bukan pengecut. dia tak tinggalkan kau tanpa pesan. dia pergi dengan satu alasan. antara kau dan dia hanya kawan. dalam hal ini, aku fikir kau lebih bertuah dari aku, bun. kau sedih, aku pernah sedih. kita sama-sama pernah terluka. tapi cerita duka kita tak sama.

bun, ingat tak masa kitaorang celebrate birthday kau kat jj? masa tu kau asyik bersms tak henti-henti. sampai aku tegur. aku tegur sebab kau sms dengan dia macam lebih dari seorang kawan. tapi bila aku tanya, kau kata hanya kawan. aku takut dia nak main-mainkan kau. mana ada kawan bercerita tentang semua benda bun. waktu tu kalau aku cakap jangan percayakan dia pun, kau akan marah aku, kan bun? sebab waktu tu, he's the best. sampai semalam pun, walaupun kau nangis kau kata dia baik. aku tak nampak baik dia kat mana bun. kalau dia ikhlas dia tak buat kau macam ni. dia tak bagi harapan pada kau. bun, aku faham hati perempuan mudah tersentuh apabila ada lelaki yang ambil berat tentang diri kita. tapi lelaki buat benda yang sama pada semua perempuan yang mereka kenal bun. memang sifat lelaki terlebih "bertanggung-jawab".

bun, dah banyak kali aku bercerita tentang adik kepada ex-roomate kau yang merangkap saudara aku. sebenarnya, niat aku nak suruh kau faham. tapi aku tahu, kau tak dapat tangkap apa yang aku cakap. kalau aku berterus-terang, aku takut kau fikir aku jealous sebab masa tu aku tak ada teman. motif aku bercerita nak suruh kau jangan terlalu percaya pada dia. sebab dah banyak kali kau beritahu aku, dia ajak kau jumpa. tapi bila dah dekat nak jumpa, dia bagi alasan malu. bun, sampai satu tahap lelaki tak akan rasa malu kalau dia betul-betul serius nak kenal kau. nak malu apa bun? gambar dah tengok. cuma perlu jumpa untuk kenal lebih rapat. mungkin cara aku fikir tak macam kau. sebab bab2 chatting ni, dah lama aku expert. lelaki kat internet, bukan boleh percaya sangat. setakat nak main-main boleh la bun. macam kisah aku ngan budak internet yang hobinya menyanyi. kau ingat kan? lucu kisah tu. last-last aku tukar no phone bila aku dah malas nak layan. bukan semua jahat, ada yang jujur. macam sepat. tapi susah nak jumpa yang macam tu.

lepas ni, aku tak tahu apa lagi dia goreng kau. mungkin dia akan cakap dengan cara baik. ala-ala dia tak bersalah, yang dia tak sengaja nak buat kau terluka. aku tak tahu apa keputusan kau kalau dia pujuk kau. itu hak kau nak terima ke tak. apa keputusan kau, aku sentiasa sokong. aku gembira bila kau bahagia. buatlah yang terbaik untuk diri kau. satu pesanan dari aku, jangan terlalu mudah menilai lelaki, bun. mereka ada 9 akal. macam-macam cara dia boleh tipu kita yang hanya ada 1 akal. tersilap langkah, kita jatuh. kita yang rasa sakit itu.

bun, ni aku nak gitau. aku sedih bila kau cakap, kau tanya dila "tak jealous ke tengok aku sedang bahagia?" bun, please. jangan bergurau sampai macam ni. aku baru nak happy-happy. aku sedih bun. sampai aku rasa bersalah. aku dah abaikan kau ke? mungkin ada ketika aku lupa nak layan kau macam selalu. tapi bukan sebab aku dah ada teman di hati. that's why semalam aku tanya kau sorang ke kat bilik. aku nak temankan kau. aku taknak sebab dia, hubungan kita makin jauh. aku sayang kau. aku sayang dia jugak. sebab tu aku nak kenalkan kamu berdua. aku nak dia kenal siapa sahabat baik aku. aku nak kau kenal siapa yang bahagiakan aku sekarang. tapi aku tetap 'tak' kau yang dulu bun. tak ada apa yang berubah. aku sentiasa ada untuk kau. kau tak perlu bimbang, aku kenal kau dulu sebelum aku kenal dia. kau dah ada tempat yang istimewa dalam hati aku. aku sayang kau. aku sayangkan persahabatan kita. buntak forever~

bun. jangan marah dengan post ni ek. hehehee aku tak guna nama betul kau. yang terdekat je tahu. aku doakan kau cepat-cepat cari pengganti. heheheheee sekarang aku percaya kata kau. kita akan berjaya melupakan kisah duka bila kita dah jumpa dengan orang yang mampu buat kita bahagia. aku dah kuat sekarang kan bun? aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. aku taknak buat dia kecewa. aku tak nak kehilangan dia dan kau jugak.

p/s: i love both of you~

1 comment:

eNaSaN said...

so TouChiNG.....





reaLLy make me ThinK abOut sUmtIng...TQ


salam singgaH