16.4.10

Penat Yang Gembira

penat. letih. tak bermaya. tapi suka hati. puas hati. tak ada sakit hati. hari jumaat = hari bergembira bersama keluarga. (naseb baik cancel date!)

awal pagi pergi Kubang Kerian. balik dah tengah hari. pandu keta kejap. masih lagi failed!! tak pe, belajar dari kegagalan ye cikcah. think positive.

singgah umah mami, amik baju yang tertinggal semalam. tetiba kakna ajak pi pantai irama, bachok. saya beres je. angguk. then, kakna kasi bihun 2 bungkus, suruh saya masak. hehehee. so apa lagi, tunjuk bakat lah wei. setakat nak makan 10 orang tu, pejam mata cikcah leh masak. hahahahaaa (giler perasan!)

kakna nak gi tu pun kalau saya dan adik ikut. kalau tak, dia pun malas. sape nak jaga budak ni kalau saya tak gi? makan pun sepinggan ngan saya=) jadi anak kaklong la cah kalau cam ni eh.

sungguh letih. tak larat nak ikut budak kecik nih.
ecah oh ecah...penat kaklong cah weiii~
kalau ada kakchik dan dikfir, mesti lagi seronok. meriah!

*tengok gambar je la. malas nak taip panjang2.
yang pasti saya happy...sangat.

1 comment:

sani tensai said...

penatnya bergembira...huhuhu