30.4.10

Apabila Kebosanan Bertemu Keboringan

i'm bored of being bored!

baru 5 hari menjalankan kewajipan sebagai pelajar, dah rasa macam nak mati. bosannya. banyak cuti. kelas 3 hari je seminggu. seminggu ada 7 hari. lagi 4 hari nak buat apa? kenapa mesti begini? hwaarghhh!!!

dah la keadaan bilik yang tak berapa nak cantik. tak selesa lah. kenapa katil tinggi sangat? cikcah tak suka tidur bawah! nak naik tidur atas katil, macam lawak la pulak. tinggi kot. ishk. dah la setiap blok tak ada benda terpenting ni (washing machine). sangat2 penting. kan saya dah rajin sekarang. hahahaaa setiap malam basuh baju. how sweet! dah takleh nak kumpul baju banyak2 dan basuh seminggu sekali macam dulu lagi dah. pandai sangat bajet kelas dua hari seminggu. macam tahun lepas. kan dah tak ada baju kurung. kelas 3 hari, ada baju kurung 4 pasang. nak tak nak, lepas pakai kena basuh. ngop la cikcah. sape suruh tak bawak banyak2. kan dah padan muka awak, cikcah. haihhhh~

ni dah terkena tempias semangat cikzuzu dan cikyin bila baca blog diaorang. cikcah sejak angau ni makin malas nak update blog. bukan apa, kang mr.N baca nanti dia gelak plak. malu lah saya. baik tulis kat diari, tak ada sape boleh baca. huhuhuuu. niway, nice storylah. cikcah tersengih memanjang bila baca post kehidupan seorang pelajar episod 13 kepunyaan cikzuzu dan short sem bermula kepunyaan cikyin. best dowh. korang berdua ni, siap snap pic bilik lagi. cayalah lu!

tapi kan cikyin, kenapa mesti ada ayat ni: "Suka tgok glagat korg yg tgah angau ni..hehehe" kat post itu. ishk2. tak patut, tak patut. cikyin pun tengah angau gak kan. sama je kita. dalam hati 3 orang bebudak bilik B2.8 ada taman. huahuahua. tak nampak ke bunga2 cinta bersepah kat depan bilik tu? yang banyak sekali cikzuzu punya bungalah sebab diaorang berdua dekat. asal rindu je, boleh jumpa. kan A kan? terlebih sudaaa~

ni baru hari jumaat. esok sabtu. lusa ahad. tulat isnin. banyaknya masa free. bun pun tak ada. kalau ada bun, tak lah bosan sangat. at least boleh mengumpat, mengata, mengada, memanja, membuli, merapu, merepek, membebel ngan bun. bun, cepatlah pulang. aku rindu!

4 comments:

Zuzu said...

hahaha! bunga kita paling banyak? alhamdulillah..syukur dia dekat hehehe! kalau tak merana saya dia jauh. mak pun da pesan cari yang dekat =p sekali..ha amek! dekat sgt hehe! suke! sampai jumpa pun malu lepas ecah tinggalkan kitorg dua kelmarin hehe! kan da romantik hehe!

puteri_kebayan said...

hahahaaa
cikcah bkn sgaja nak tinggalkan kamu berdua..
tp cikcah paham perasaan org yg da lama xjumpa nih..mesti byk nak bercerita,kan?
tu pasal cikcah blah..cikcah bleh teman korang makan je. dah siap, cikcah mesti pergi. huhuhuuu
awat kejap sgt korang borak? cikcah terserempak ngan A lepas cikcah pi itd. rasanye korang blah xsampai 15minit cikcah pergi kan?

Zuzu said...

hahaha! macamana tak kejap..tiba-tiba dia malu hehehe! dia pemalu orangnya ecah tatau ke hehe! (abes la kita kalu dia baca komen kt sini hehe!) lagipun ramai la kt evoke..jadi tiba-tiba saya pun turut sama jadi pemalu hehe! blink-blink mata pn jadi la kan..pandang-pandang tempat lain hehe! (pdhal lepas blah dalam hati tu..knape tak ckp? knape? knape? hehe! nak dia ckp dlu haha!) *ngada betul pmpuan nie =p awek spe la hahaha!

MOHD JAMIL said...

hehehe..cik yin pun mlas jgak..cik zuzu yg rjin m'update ni..hehe

haha..mmg btul pun kan..cik yin ni da krg ckit thap angau..hehehe.
slalu org yg dkt2 ni thap angau dia melampau..hahah..kta yg duk jauh2 ni nk wat cmne..haihhh..seksa..krg ksh syg di situ..hehehe.

i2la..cik zuzu yg pling byk smpi bsepah2 bunga kt dlm blik 2..2 sbb dia slalu suka sapu tu..haha.. :p


~ Izrin ~