14.1.10

Sekiranya...

sekiranya kau jadi milikku
hanya satu pintaku darimu
jujurlah selamanya padaku
supaya aku tidak meragui kasihmu

sekiranya aku jadi milikmu
ku pasti cintaku hanya untukmu
rinduku selamanya padamu
hanya dikau bertakhta di hatiku

sekiranya kita bersama
pastikan kita bahagia
sama-samalah menyemai rasa cinta
supaya ianya sentiasa subur di jiwa

sekiranya tiada jodoh kita berdua
jangan lupakan apa yang kita pernah ada
kenangan yang pernah kita cipta bersama
jadikan pengubat hati yang lara

kuatkanlah semangatmu
tabahkanlah hatimu
andai kita ditakdirkan untuk bersama
masanya tetap akan tiba

diri kita milik maha Pencipta
hanya menanti detik kembali pada-Nya
andai kita tidak bersama di dunia
mungkin kita akan bersama di sana
jangan penat untuk berdoa sayang....
AF

**dah. cukup! buat keje plak;-) assignment + quiz sedang melambai-lambai
tata٩(-̮̮̃•̃)۶

2 comments:

sani tensai said...

salam...awak wat sdr k sajak di atas...hehe

puteri_kebayan said...

wasalam..
ada mcm sajak ke?;-)
ha ah saya wat sendiri
(if copy, i'll credit to d owner)
post tu xde copy dari mana2
~Lahir dari hati kebayan=)