19.1.10

Bukan Aku


bukan aku tak suka
cuma tak mampu mezahirkan rasa

bukan aku tak sudi
cuma takut tak direstui

bukan aku tak kasih
cuma bimbang akan tersisih

bukan aku tak sayang
cuma risau ada penghalang

bukan aku tak rindu
cuma malu untuk mengaku

bukan aku tak cinta
cuma menjaga hati supaya tidak terluka
AF

"aku tidak mampu melupakanmu walaupun aku telah belajar untuk membencimu"

~nukilan semasa di kelas IT Security. idea mencurah2(✿◠‿◠)
(nampak sgt xfocus kat class!)

1 comment:

Mr. Cuz said...

nukilan untuk siapkah sebenarnya..hehe pandai berkata-kata ni..hehe