30.11.09

Cita-cita Kak Chik

~kak ngah interview kak chik
kak ngah:nanti besar, kak chik jadi ustazah deh
kak chik: xbuh
kak ngah: dah tu, kak chik nak jadi apa bila besar?
kak chik: nak jadi polis

~kak long mencelah
kak long: nape kak chik nak jadi polis?
kak chik: nak tembak kak long
Bertuah punya adik. Bercita-cita tinggi tapi niat tu tak baik. Tak patut betullah!










~kakngah+kakchik+kaklong

27.11.09

Salam Aidil Adha

salam aidil adha
agak busy sekarang
raya pun sibuk jugak!

petang raya pergi hospital
sesat cari wad 25
ngeng punya hospital
direction tak banyak
menyusahkan!!

esok nak balik kampung
mak saudara nak bertunang

lusa pulak
ada majlis makan2 sikit kat rumah

~semua dijemput hadir;-p

23.11.09

Me @ Home

sekarang
duk umah
jaga adik-adik
sebab mak saya ke sekolah!
sekolah memandu;-)
hihihihihiiii

misi sepanjang cuti
menaikkan berat bedan
berat sekarang 42kg (makin kurus)
target 46kg sebelum ke UIA
dah beli Appeton Weight Gain
harap2 menjadi lah ye

17.11.09

Akan Bersawang

Esok saya akan balik.
Balik ke Kemaman bukan Kelantan.
Saya balik rumah mak dulu
Lepas tu 21hb barulah saya balik Kelantan.

Akan bersawanglah blog saya ni
Kat rumah mak mana ada internet
CC pulak tak berapa kenal
lagipun CC kat sana kecil je
Segan pulak nak pergi

Apapun
Selamat BerHOLIDAY kawan-kawan
i'm in love wif him now ~Gary Sinise
damn handsome
nilah padahnya kalau abes exam layan CSI
cik zimah n cik zuzu punya pasal

~kalaulah atok mcm ni, konpem nenek xpikir 2 kali tau.
hehehee sory ya tok (gurau saja)

15.11.09

nok

nok kelik
nok kelik
nok kelik

hwaaaaaa
lambat weh!
~nak grad~

14.11.09

Ada rindu di jiwa

e-novel dari Nazurah Aishah. Memang cerita air mata. Sedih sangat. Hidup ini tak selalunya indah. Tak semua yang kita inginkan itu akan kita miliki. Kita memang mampu merencana dan mengimpikan saat yang indah tapi kita tidak punya kuasa untuk memastikan apa yang kita impikan itu benar-benar jadi kenyataan. Antara kita ada Dia. Dia Yang Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi. Takdir hidup kita di tangan Dia. Dia takkan sesekali menganiaya umatnya. Dia tak akan sesekali menguji umatnya jika kita mampu memikul dan menggalas beban itu.

Dalam sepi kuterbayang
Wajahmu bermain di mataku
Lantas bercucuran airmata berlinangan dipipiku
Terkenang peristiwa di suatu masa kita berdua
Bermesra dan saling menyinta
Namun perpisahan akhirnya
Betapa sepi betapa pilu
Melihat kau berdua di situ
Bersama duduk di atas takhta
Di hari persandinganmu

Kisah cinta, persahabatan, dan kehendak keluarga. Cerita yang boleh buat air mata bergenang. Saya tak lah sampai menangis bila membaca tapi cerita kali ni memang buat hati saya sangat-sangat tersentuh. Cinta perlukan kekuatan. Perlu kuat kalau nak bercinta. Mesti mampu mempertahankan hak kita dan tahu apa yang kita nak dalam satu perhubungan. Tapi bila melibatkan restu orang tua, kita terpaksa membuat pilihan. Kalau di ikut kata hati, bermakna banyak hati yang terluka. Tapi jika mengalah, hati kita dan orang yang mencintai itu yang terluka.

Perlukah berkorban jika hati sendiri yang terluka? Bahagiakah kita andai meneruskan tanpa restu orang tua? Gembirakah kita bila tiada melihat air mata orang yang membesarkan kita? Melepaskan atau meneruskan? Melepaskan bermakna kita telah berkorban untuk melihat orang yang telah banyak berjasa itu gembira. Andai dilepaskan, hanya seorang sahaja yang terluka namun luka itu sangat perit. Meneruskan bermakna kita sanggup berkorban apa sahaja demi cinta. Andai diteruskan, ramai pihak yang akan kecewa dan perhubungan masih belum tentu sampai ke mana.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan, namun derita di perasaan.

13.11.09

Review Novel Yang Sebenarnya -Aisya Sofea

Sangat menarik! Sempoi + santai + rileks + kelakar + romantic + serius semua ada lah. Giler best! Novel Aisya Sofea memang betul-betul mantap lah. She’s the best one ~TERBAIK!

Cerita Yang Sebenarnya mengisahkan Nazirah, Dhiya dan Abang Eddie. Abang Eddie ni jatuh cinta dengan Nazirah iaitu kakak kepada Dhiya tetapi Nazirah langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan pada si Eddie. Duda beranak dua iaitu Encik Ghaus jugak yang Nazirah nak. Lepas majlis perkahwinan Nazirah, si Eddie membawa diri ke luar Negara konon nak sambung belajar. Biasalah tu, kalau yang hantu novel dah boleh agak dah sebab alasan macam ni selalu sangat dah.

Pada permulaan cerita ni, saya asyik tergelak jer sorang-sorang. Why? Sebab terasa lucu ngan watak mak Dhiya and Nazirah ni. Kerjanya asyik membebel, pastu kata-kata pulak fuyoooo agak pedas lah. Duk terbayang, saya bila tua nanti macam ni ke? sebab dalam family saya, saya yang paling suka membebel + tak boleh terima bila orang tak dengar kata saya + semua orang kena ikut kata saya! (korang jgn tiru prngai mcm ni sb sgt xbaik utk kesihatan!) berbalik kepada cerita asal, mana mak tak mengamuk kalau anak tak dengar kata kan? Pastu anak perempuan nak jadi driver van sekolah. Tak ke haru si emak tu? dah la nak jadi driver, pergi beli pula van terpakai. Nak kena repair macam-macam. Mestilah membebel. Kalau saya pun mestilah potpet2 dulu sebelum memberi restu.

Nazirah ni akhirnya bercerai dengan suami sebab tak pernah bahagia selama 6 tahun. Si duda tu hanya mempergunakan Nazirah untuk kepentingan sendiri sahaja. Lepas tu, muncul watak Ahmad sebagai pekerja di bengkel yang Dhiya repair van. Ahmad ni baru kematian isteri dua bulan lalu dan mempunyai seorang anak kecil. Dhiya pula terlebih baik hati, ingin membantu. Bawa balik anak Ahmad iaitu Fauzan ke rumah. Macam dah boleh agak, si Nazirah ni dengan Ahmad. Ternyata “agakan” saya sangat tepat!

Si Dhiya ni selalu ber yahoo messenger dengan Eddie. Sedikit-sedikit Eddie berjaya melupakan semua tentang Nazirah. Semua pasal diri Dhiya mesti Eddie tahu. Pasal perancangan nak jadi driver pun Eddie tahu. Dah elok-elok kerja driver, paklong Dhiya minta tolong kerja di syarikatnya. Mula-mula tak nak, pastu bila dah bapa saudara sendiri call, suara ala-ala merayu mestilah setuju. Tak sampai hati nak tolak. Tapi dia Cuma kerja sementara sahaja. Bila dah ada orang isi jawatan tu, dia quit. Dan Dhiya tak nak pekerja lain tahu yang dia ni ada anak saudara kepada paklongnya. Kerja kejap Eddie pun balik. Tang ni tak suka sikit, sebab si Eddie ni ada penyakit hormon yang tak berapa nak stabil. Apa lah, sikit-sikit marah padahal hati dia yang gundah gulana. Tak boleh tengok Dhiya buat silap sikit, asyik nak marah je. Naik geram pun ada. Macam nak ketuk kepala dia!

Dah jumpa part yang Muzri post kat facebook 3@4 hari lepas. Rupanya masa tu Dhiya nak jatuh ke dalam laut. Si Nuryn punya pasal. Perasan je lebih minah ni konon Eddie tu pakwe dia. Hahahahaaa tapi tak boleh jugak salahkan dia sebab si Eddie ni kadang-kadang mempergunakan Nuryn untuk buat Dhiya cemburu. Apapun, lelaki yang bersalah! Sangat tak suka! Indah je bila baca babak yang lepas si Dhiya ni jatuh. Comel! Romantic! “abang tetap pegang tangan Dhiya supaya Dhiya tak pergi jauh lagi dari abang.” (oh soo sweet)

Nuryn ni juga buat kacau time Nazirah kahwin sebab dia ingat Eddie dan Dhiya yang kahwin. Datang walau tak di undang. Tapi itulah, bila dah cinta kadang kala manusia boleh bertindak macam tak guna akal. Masa tu Dhiya dengan Eddie jadi pengapit. Si Eddie ni selalu buat hal. Ajak pergi ambil tak boleh sebab busy. Pastu bila dia free, pukul 4am call Dhiya. Ape tu? tak adillah namanya. Dia perlukan Dhiya untuk menemaninya tapi dia tiada bila Dhiya memerlukan. Bila Dhiya minta putus, boleh pulak jawab “ok,fine. Kalau nak putus, suka hati Dhiyalah.” Aiiii memang nak kena la mamat ni.

Lepas si Nuryn pulang, family semua nak dengar penjelasan dari Eddie dan Dhiya. Suka part ni. Lawak ah!

“Memang Eddie dengan Dhiya rapat.” -Eddie

“Rapat yang macam mana?” –mak Eddie

“Rapat.”- Eddie

“Iyelah, rapat yang macam mana?” –mak Dhiya

“Hmm…rapatlah” -Eddie

“Hisy… budak ni. Kita tanya dia, jawapan tu juga dia bagi balik kat kita. Mak lang tanya rapat yang macam mana? Rapat adik dengan abang? Rapat kawan baik? Rapat girlfriend dengan boyfriend? Hah, yang mana satu punya rapat?” –mak Dhiya

“Yang sebenarnya…..” –Eddie

“Yang sebenarnya….. Eddie nak Dhiya jadi isteri Eddie.” –Eddie

“Tapi malam semalam Dhiya minta putus” –Eddie tak ke ngop si Eddie tu. skema berterus terang!

Apa yang pasti, muka surat 499 sangat best. Aisya Sofea kalau tulis novel, mesti lelaki tu jadi lelaki idaman hati setiap wanita. Masalahnya, ada ke lelaki yang macam tu? hwaaaaa TAK ADA

“Pernah tak abang beritahu yang abang sayangkan isteri abang lebih dari nyawa abang sendiri? Abang tak mahu isteri abang sekali-kali mempertikaikan perasaan abang pada dia. Bagaimana suka sekalipun hidup kita suatu hari nanti, abang takkan sekali-kali melangkah ke belakang da mengeluh. Isteri abang nyawa abang, kekuatan abang dan hidup abang, tiada orang yang berhak di hati abang selain dari isteri abang ni”

“I love you, Dhiya. Selagi abang bernyawa, Dhiya tetap wanita yang abang paling sayang, dunia dan akhirat”

-I love you too, abang. (Harap maklum, yang ni tiada dalam novel Yang Sebenarnya.)

Akhirnya....

Saya berjaya khatam novel Yang Sebenarnya. Uishhhh memang berani matilah, revision period berjaya khatam novel. Heheheheheeee kalau dah minat tu, nak buat macam mana kan. Kebetulan keluar beli tiket untuk balik kampong, terbeli pulak novel;-)

klik Sinopsis Yang Sebenarnya

finger note: ini celoteh saya untuk dikongsi bersama peminat novel.
Yang pasti, tak menyesal kalau beli..4 1/2*.
(Fuad tetap the bestlah!)

10.11.09

Penantian 7 Hari

Saya ada lagi satu paper. Last paper on 17th. Java oh Java! Adui lah. Banyak nye masa terbuang untuk satu paper tu. Kan ke bagus kalau jarak setakat 3 hari je. Kira oraitlah tu. Kalau kasi saya masa banyak2 pun, study cuma 2@1 hari before exam. Style bajet budak bijak,kan? Last minute study biasalah tu. Lebih berkesan tau! Fresh2 kat dalam kepala, terus masuk exam hall then tulislah apa yang patut.

Apa yang perlu saya buat dalam masa 7 hari ni? Agak lama tu. Sebenarnya niat di hati nak balik, tapi kena fikir adik saya pula. Kalau saya balik, mama mesti bimbang punyalah adik saya sorang2 kat KL ni. Dia akan balik 13hb ni. Aduiiii laaaa. Jeles den!

Saya balik 18hb @ 19 @ 20 sebab nak balik rumah mak dulu kat Kemaman. Mula2 mak cakap nak balik Kelantan 20hb, tapi malam tadi mak call cakap tak jadi pulak. Kena balik 21 hb sebab nak pergi kenduri dulu. Kenapalah emak saya dijemput? Tak jemput lagi baik tau. Oleh sebab nak balik Kelantan agak lewat, nampaknya saya nak stay kat UIA lah dulu. Kalau sempat, boleh keluar ngan kecik dulu. Dia akan naik KL jugak nanti. Dah lama tak jumpa ni. WinduLah!

9.11.09

Cinta Datang Lagi

novel baru dari Bikash Nur Idris..

kepada peminat setia novel2 alaf21
dapatkannya sekarang
~saya pun pasti beli punyerlah
(cuma kena tunggu lepas 17hb baru leh beli, exam okaih!)

Aku ingin kamu, kamu ingin dia

Akupun tahu diri engkau mencintainya
Namun mengapa hati enggan melupakanmu
Aku tak bisa lari dari kenyataan ini

Meski aku miliki
Cinta ku tetap kamu

Aku ingin lari, aku ingin pergi
Namun hati ini tak bisa pungkiri
Aku ingin kamu, kamu ingin dia
Cinta ku kandas tiada berbalas

Pedih hatiku
Cinta padamu
Tanpa kau tahu

Meski aku miliki
Cinta ku tetap kamu

Pedih hatiku
Cinta padamu
Tanpa kau tahu

singer: Ashanty

Aku memang sayang kamu..
namun aku lebih menyayangi diriku sendiri
kerna aku takut rasa sayang yang melampau
akan buat aku melukai diriku

Kamu yang aku sayang,
ku sentiasa doakan yang terbaik buat mu...

kerana itu aku memilih untuk mendiamkan diri...
walau hati dimamah dan disakiti oleh diri sendiri...
aku tidak rela engkau menjauhi saat engkau mengetahui rahsia hati...
biarkan kita terus begini...

Mungkin aku akan menyesal dikemudian hari...
namun apalah dayaku ini...
aku takut dengan perasaan aku sendiri...
saat engkau mampu bergelak ketawa namun aku berdebar sejuta rasa...
saat engkau mampu menghamburkan kata-kata namun aku diam tanpa bicara...

"Untuk mengucapkannya aku tidak mampu...
cukuplah nukilan ini sebagai penyampai isi hatiku"~F.O.L i-shah

8.11.09

Tak Puas Hati

Semalam tengok Final Piala Malaysia. Rasa macam saya telah membuang masa selama 3 jam dengan sia-sia. Study BM lagi baik rasanya. Sumpah MENYAMPAH tengok Kelantan main semalam. Macam bodoh, macam tak buat latihan, macam tak ada strategi, macam poyo je lari-lari atas padang. Hantar bola pun tak reti. Over confident ke apa diorang ni? Tu baru pemain

Bab si penyokong plak, sumpah BENCI wei. Korang memang memalukan rakyat Kelantan lah. Tak profesional langsung. Apa kes nak mengamuk? Dah adat perlawanan, pasti ada yang kalah dan menang. Kalau dah kalah tu, terima je lah. Tak payah susah-susah nak bakar harta benda awam. Tak payah susah-susah nak baling botol, mercun. Yang saya hairan, dengar-dengarnya kawalan keselamatan dipertingkat tapi kenapa masih ada yang boleh bawa masuk mercun tu? Aduuiiiii pak polisi Malaysia, kamu ngak buat kerja ka?

Next timelah, saya rasa kalau Kelantan berjaya masuk final, buat je perlawanan tertutup. Biar penyokong tengok live kat TV. Kalau tengok kat rumah guna TV sendiri, tak adanya diorang nak baling-baling botol ni.

Gomo Klate Gomo (klate dok gomo lah mano, tapi klate kuat keno gomo. teruk2) Niway, congrats to NS's team. (mesti eza suka tu!congrats to ur BF too)

Sekarang tengah melayan Sehati Berdansa. Taknak Enot yang keluar. Tapi itulah yang berlaku malam ni.

enot still da best for me(suka kau enot!)

6.11.09

Final Piala Malaysia 2009 (7nov)

okaih
bercakap pasal bola
siapa akan menang?
Negeri Sembilan @ Kelantan
tunggu je lah malam esok

saya mestilah sokong Kelantan!
kenapa?
sebab kelantan negeriku tercinta
gomo kelate gomo

saya cuma tengok kat TV je
takkan nak pergi stadium kot
tiket tak ada
budak ni dah borong habis!
kupid giler mat anih! mintak 3 pun tak boleh

tak apalah
yang penting boleh tengok
tak kisah lah kat mana pun
dah la keesokan hari tu
saya ada exam
nasib baik Komunikasi Perniagaan
tak lah berat sangat rasanya

apa pun
Bola tetap bola
nak study pun takleh focus
kalau asyik duk teringat kat bola kan?

kalau nak tahu pasal
pasukan kelantan ni
click sini deh
The Red Warrior
-ape ni? xde kaitan ok?

5.11.09

who am i to say....

singer: HOPE
Love of my life, my soulmate
You're my best friend
Part of me like breathing
Now half of me is left

I don't know anything at all
Who am I to say you love me
I don't know anything at all
& who am I to say you need me

Color me blue I'm lost in you
Don't know why I'm still waiting
Many moons have come & gone
Don't know why I'm still searching

Don't know anything at all
& who am I to say you love me
I don't know anything at all
& who am I to say you need me

Now you're a song
I love to sing
Never thought it feels so free
Now I know what's meant to be
& that's okay with me

But who am I to say you love me
& who am I to say you need me
& who am I to say you love me

I don't know anything at all
& who am I to say you love me
I don't know anything at all
& who am I to say you need me

I don't know anything at all
I don't know anything at all
I don't know anything at all
I don't know anything at all

~you came to my life, touch my heart... then you leave me without any explanation. Thanks for that wonderful moment. Now, I learned something that I've never know before....

"Together forever, never apart. Maybe in distance, but never in heart.”

touching giler lagu ni~suka weh!

4.11.09

Baik Punya Lakonan

okaih
semua beres!
dah jumpa sir
present pasal project CN

lakonan mantap dari partner yang hebat
sah kami memang serasi bersama
dengan muka serius giler macam tahu semua
dengan berani menjawab tapi penuh adab

hohooooo
inilah kami bila ber"SURIUSS"
Nur Syahifah Azmi + Siti Aishah Hassan

semalam
sepatutnya kami present
tapi pergi just inform sir
mengaku tak dapat buat
(mana leh wat kalo sepatutntya 2bln, buat hanya 2 mlm kan?)
kesannya
semalam mestilah tak tidur
buat coding sampai pukul 5.30am
dugaan hebat semalam
tengah syok2 menaip coding
skali plug buat hal
senget punyer plug kat office
so....
laptop "JADI GELAP"(faham2lah korang)
hwaaaaaa
taip balik coding yang sama
pedih mata kami

akhirnya
hari ini jumpa sir
mestilah OK
lakonan mantap habis!
tengok mark
-kami highestkah? mestilah!
mana tak highest
kalo dah berlakon tu
mengalahkan Erra Fazira tau


~Thanks to Ina sb kasi pinjam laptop
jasamu kami kenang

esok exam CALCULUS
-good luck to aLL my fwens-

3.11.09

Facebook Yang Melalaikan


cehh
salahkan facebook plak

ha...
kan tak pasal2
script NS-2 ntah ke mana
project ntah ke mana

so...
what should we(me+syefa) present at 2pm today?
mestilah tak present apa2
hantar report sudaaaaa
(macamlah carry mark da byk!)

waktu tidur dah berubah 100%
macam mana nak normal kan kembali?
sekarang lebih banyak tidur pada waktu siang
berjaga pada waktu malam

dah jenuh dah mengonlinekan diri
sejak pukul 10.30pm tadi
tak tahu nak buat apa dah ni
melalut sahaja..
bye-bye
nak titooooo
selamat malam semua
hohooooo
(abaikan ucapan di atas)

2.11.09

Mum's Birthday

Happy Birthday To My Mum
yang ke 41- 3 Nov
semoga panjang umur (bleh ngasuh cucu)
semoga murah rezeki (bleh beli keta idaman kaklong)
restumu ku perlu
hanya ku harap
doamu sentiasa mengiringi hidupku
sayang kamu sangat!
terima kasih ibu
atas segala-galanya

ikhlas dari anak2 mu

1.11.09

Sweet 22

Sweetkah?
Tak ada lah sweet sangat pun.
Macam dah terasa semakin tua.
Tuakah?
Tak adalah tua sangat pun.
Baru 22 tahun.

First of all, Thank You Soooo Much to my beloved roomate (zuzu, zima, kak izan) for your sweet present. Pandai korang pilih! Sayang you all lebih lah. Seriously i like it! Macam tahu-tahu je saya tak ada lagi benda "bertajuk" ni

suka tau;-)

Novel dah banyak, tapi novel ni tak ada lagi tau. Mula2 Zuzu masuk bilik, "Ecah, happy birthday. Ni hadiah kitaorang. Yang ni Izrin kirim"

-habis ni izrin ek, dah tak tolak rezeki kali ni-

-kenyataan! sweet(kata izrin)-

Seganlah wei. Apa pulak hadiah2 ni. Dah besar panjang pun. Tapi suka je bila dapat hadiah. Siapa yang tak suka dapat hadiah kan? Nampaknya, bolehlah menghabiskan masa2 terluang dengan novel. Baru je pesan suruh Atie beli novel Aisya Sofea, tapi tak ada lagi. Boring juga bila tak ada sesuatu untuk dibaca.(padahal dakwah, bm, java leh baca)

Buat Izrin, thanks for your special+ delicious cake. Kek Coklat. Of course la tak tolak. Makan 4 orang, pastu makan keropok. Kak Izan buat air teh. Layan borak sampai pukul 2.45am. Cik Zuzu punya mata dah tak larat nak buka dah. Macam baby betul la budak ni. Tidur sentiasa awal.

Dah habis borak2, masuk bilik mestilah tengok hp. Siapa yang pertama wish? Seriously i don't know who. She or He? Ntah la. No phone 'orang itu' tak ada dalam phonebook saya. 0179394***. Siapa ya? Mungkin dia ke? Mustahil lah. Tapi tak mustahil jugak kalau dia. Ishk...tapi kalau dia, ah malaslah nak fikir pasal dia tu. Senang cerita mungkin no misteri tu peminat fanatik saya tak pun secret admirer(terperasanlah!). Okaih, siapapun pemilik no itu, terima kasih di atas ingatan anda. (kalaulah dia orang yang pernah ada dalam kenangan dan kisah lalu saya,terima kasih kerana masih mengingati tarikh ini. F.O.L~i-shah. Tahukan?)

Kawan-kawan tersayang...

sms- Bun + Ina + Syefa + Izrin + Natrah
facebook- Mekdah sumbak + Nik + Hana + Iffah + Syeera + Farihah + Iman

Korang semua buat diri ini rasa di sayangi.. Nak nyanyi ah sikit *Bila ku sedari diri disayangi* Langkah kaki ini semakin berani* Bila terkeliru kuucap namamu* Terasa diriku kembali dipandu* Friends forever...

Buat emak- Terima kasih kerana wish kat anak manja mak ini. Terima kasih kerana melahirkan kak long. Terima kasih di atas segala-galanya.
Buat kaknini- Yang mewakili keluarga mami, heheheee kak nini hantar mms gambar kek. Waduh2 kalau hantar gambar Ecah pun lagi OK rasanya;-)
Buat mama + bebe- hwaaaaaaaaa Bila nak wish? Kak long nak dengar ucapan dari mama ni. Nak suruh mama nyanyi Happy Birthday;-)
Buat adik saya- Oit, mu nak jadi yg terakhir macam ewan wish ko mung ke? wei, aku bkn gewe mungLah. Wish awal2 la ngop! Ko mu nak kato celebrate Hari Jadi ni xbaik? Mu kan nak masuk pondok, manalah tau kan...tetiba jadi haram wish besday ni...ahaksss,jgn marah darling;-)

Dah penat menaip, nak baca hadiahLah.(boleh ke camtu?)