27.8.09

Komen Bila Ada Rindu

novel ni baru habis baca
2 hari lepas
karya Emma Maizura
novel kali ini tak sehebat sebelumnya

Sinopsis dari saya macam ni:

Lyla tu anak angkat akan tetapi dia diberi kasih sayang seperti anak sendiri. Then, mak ayah angkat dia ni nak kahwinkan dia dengan sepupunya, Zahim supaya rahsia tak terbongkar. Tapi si Zahim ni pulak buat hal, membocorkan rahsia yang Lyla ni anak angkat sebab tak nak kahwin dengan Lyla. Dia dah ada pilihan hati sendiri. Sangat tak suka cara dia hina Lyla coz bagi saya, Lyla tak salah. Dia lahir dari perbuatan jahat insan yang tak mengenal dosa. Memang hinaan Zahim terlalu melampau bagi saya. Eriel pulak, Lyla kenal semasa bekerja sementara di apartment ayah Eriel. Mak Eriel ingin jodohkan Eriel dengan Shira tapi Eriel taknak. Eriel dengan Lyla kena tangkap khalwat. Masa tu, Lyla dah jadi tunangan Zahim. Then, mak Zahim pulak datang untuk putuskan pertunangan. Lyla terima hinaan lagi. Masa tu juga, mak ayah Eriel ada. Bila tahu Lyla anak luar nikah, terus tak suka. Selepas beberapa tahun, Eriel dan Lyla bertemu kembali. Time ni, Eriel jadi bos abang Lyla. Disebabkan cinta, diaorang pakat nak kahwin even mak Eriel tak restu. Lepas kahwin ni lah, Shira selalu kacau rumahtangga diaorang. Pastu pulak dah ada scene ala-ala Bicara Hati. Masa saya baca, dah jadi bosan. Tak sepatutnya lah Emma Maizura buat novel macam ni. Sebab bagi saya, beliau seorang penulis yang berbakat. Kalau boleh, gunalah taktik lain untuk si suami mengajar isteri. Nampaknya novel beliau yang ke-2 (Ada Cinta Di Hati) is better than this.

-koleksi novel Emma Maizura-

ANUGERAH PILIHAN PEMBACA 2009 (FIKSYEN BAHASA MELAYU)
sumber: alaf21

KEDAI BUKU POPULAR dengan kerjasama Berita Harian telah menganjurkan Anugerah Pilihan Pembaca 2009 untuk buku-buku dalam Bahasa Melayu. Tujuan anugerah ini bagi memberi penghargaan kepada penulis-penulis tanah air.

Bagi kategori fiksyen, lima orang novelis prolifik Alaf 21 turut tersenarai. Mereka ialah Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea, Anis Ayuni, Damya Hanna dan Aleya Aneesa. (semua saya minat!)

Dalam keputusan akhir yang diumumkan pada 26 Ogos lalu, Aisya Sofea dan Ramlee Awang Murshid telah berjaya menduduki tempat ke 2 dan ke 3.

Manakala tempat pertama dimenangi oleh Siti Rosmiza dari Buku Prima.(macam mana dia boleh menang ek? Novel beliau biasa aje. Asyik-asyik hujan! Maybe tuah hujan la tu.niway, Congrats!)

Hadiah telah disampaikan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz. Para pemenang menerima cek, plak dan sijil penghargaan.

Tahniah pada mereka yang menang!


Cuti-cuti Merdeka

esok saya balik
sambut merdeka bersama emak dan adik-adik

hari ini keluar pergi UM
jumpa adik di sana
kasi handphone pada dia
sebabnya handphone dia rosak
then kitaorang pergi bazar Ramadhan
saya tukar selera sikit
beli Nasi Lemak sebab bau macam sedap

dah dekat 6.30pm sampai UIA
tu pun kira bernasib baik
Thanks to mizaH
sebab sudi tolong hamba

semalam call dia
soalan yang keluar dah dijangka
"kenapa balik last week tak bagitahu?"
jawapan yang dah disediakan sejak awal
"Bukan taknak bagitahu tapi balik sekejap, hujung minggu je. Nak keluar pergi bandar pun tak sempat baru ni"
jawapan yang boleh diterima akal
alhamdulillah
hahahaha
jangan marah ye mizaH
tahu awak baca blog ni

esok adik habis kelas kul 10am pulak
hari tu cakap pukul 12
hiiii...geramlah!
kenapa la lecturer dia ni
tak fikir student nak balik?
ermmmmmmm

nampaknya
keluar awal pagi lah esok
baru ingat nak set jam pukul 11am
tak tercapai jugak

26.8.09

Novel Baru Dhiya Zafira


Amie Najla' nekad melarikan diri seminggu sebelum perkahwinannya. Tiada niatpun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin di bina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangananya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa.

Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu mengorbankan satu nyawa.

++Mestilah nak beli!!! Suka cara penulisan Dhiya Zafira ni... Novel sebelum ni pun saya ada

25.8.09

Masih Saling Mencinta

aku manusia yang lemah
maafkanlah bila ku tak bisa
menjaga semua yang telah
kita bina bersama

aku juga manusia biasa
yang tak luput dengan kekurangan
tapi ku tak ingin diduakan
apalagi dilupakan

tapi apalah dayaku
semua telah terjadi
namun kuingin kau tahu aku masih cinta

dan bila kau memang cinta padaku
janganlah kau pergi dari hidupku
bila kita memang saling mencinta
mengapa kita harus berpisah
bila cinta ada di hati kita
dan percayalah kita kan bersama

people will forget what you said
people will forget what you did
but
people will never forget
how you made them feel

Celoteh Sebelum Berbuka Puasa

hari kedua berbuka puasa di UIA
tersangatlah tak sedap
makanan sama saja
puasa ke tak puasa
macam tu lah juga

hari ini
adik bagitahu
takdapat balik next week
sebab UM tak ambil
cuti NUzul-Quran

esok nak pergi Pudu
survey tiket untuk hari Jumaat ni
ntah ada entahkan tidak
Abang Yo dah pergi
tiket untuk hari Jumaat dah habis
tapi masih tak berpuas hati
nak jugak tengok
dengan mata kepala sendiri

rasanya next week masih boleh rilek
cuma minggu last kat UIA
before holiday
ada presentation gaya ala-ala sedang bermesyuarat
ni semua "bertuah" namanya
terpilih antara berpuluh yang lain
hahaha
ayat penyedap hati jer tu

sangatlah tertekan
nak kena group dengan yang tak kenal
dah tanya cikgu Noraini
bila kena present
dia cakap hari Selasa
Uisssshhhhh
ngak bisa!

minta cikgu tukar hari Khamis
bagi alasan nak balik
dan tak kenal sangat ahli kumpulan
tapi cikgu jawab "masa ni lah nak berkenal-kenalan"
sikit punyer sengal jawapan dia!

dah tak ada idea
mintak tolong pulak
brother apa ntah nama dia (dah lupa)
suruh dia pulak merayu kat cikgu
sebab dia sependapat dengan saya
Thanks Bro!!
tak tahu lah cikgu setuju ke tak
malas nak fikir
nak buat macam syefah cakap
"Kalau aku jadi mu,aku balik jer. Present tu bantai jer apa-apa. Lagipun dalam BM. Ape susah..."
Thanks Syefah!
dah selesai masalah saya

penat dah membebel
nak pergi beli ais pulak ni
Selamat berbuka puasa

24.8.09

Boring Laa

sekarang
sedang asyik melayan novel
Bila Ada Rindu by Emma Maizura
one of my fav novelis

novel dapat free
sebab menang peraduan
Aku dan Bukuku-Alaf21
dah tak tahu
menang kali ke berapa
asal hantar jer
sesiapa pun boleh menang
cubalah!

tetiba adik suruh online
ini lah namanya dugaan
ingat dah malas nak buka laptop
dah agak dah
skali online susah nak berhenti

kerja yang tertangguh
masih bertimbun-timbun
assignment java tak submit lagi
sepatutnya last week kena hantar
disebabkan "kebusyan" terlampau
maka tak sempat siapkan

esok kalau tak salah
cikgu Mascitah nak keratan iklan
lepas ni nak belek-belek paper
ntah ada ntah tidak

lusa pulak ada
mid-term Computer Networking
sikit punya susah
belajar apa pun tak tahu
so jawab je lah apa yang perlu

plan nak balik pulak
not for this week but next week
maybe...
Insya-Allah
Ya Allah
make my dream come true..

rindu nak pergi bazar ramadhan
nak beli kuih yang sedap
ermmm
akok, pulut manis, puding
dan semestinya air kelapa ori!

then nak jaga mama
yang tak berapa sihat sekarang
kesian sangat
tahun ni mama dah tak larat
nak pergi sembahyang terawih
sob...sob...
rindu ecah jugak!!

22.8.09

Jadi Jutawan Ramadhan

Solat fardhu sendirian
diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah
diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin
10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan
diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam
iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk rm.

Solat fardhu sendirian
diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah
diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda
iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan
diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam
iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari
Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?
-Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda?
Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!!
Ayuh ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan
Jangan lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini sentiasa (diulangi sentiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu.

Renungkanlah.
Wallahu'alam.
Selamat berpuasa.
Selamat beramal.


Semoga ramadhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini ramadhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu.......

sumber: Isu Hangat

itulah namanya kawan

"btuah ak dpt sain supo mg"
gembira + bangga + terharu jugak
itulah sms yang sangat bermakna
saya terima awal pagi 1 ramadhan
from my best fwen Amiratul

bertuahkah jadi kawan saya?
tak tahu lah pulak
hehehe
sebagai seorang sahabat
mestilah saya akan cuba tolong
selagi saya termampu

sekarang ni
ayah Amiratul kena transfer
ke Kuantan
semalam Amiratul bertolak
dari Melaka ke Kota Bharu
dan semestinya dia
akan sampai awal pagi

saya tanya- Siapa ambil dia nanti?
dia cakap- Tak ada sesiapa.
Then, saya ajak bebe pergi ambil dia
tak jauh pun
2 minit dah boleh sampai

skali dia cakap...
"Tak apa coz cousin aku akan datang ambil"
mestilah saya tak percaya!
agak-agak dia tipu
tapi tak mungkin dia tipu
saya percaya dan mesej lagi..
"Kali ni aku cayer kat mu, tp next time kena dtg umah aku!"
selepas mesej inilah
ayat dia reply yang buat saya tersentuh
"btuah ak dpt sain supo mg"
macam nak nangis jer

it's just nothing
bukan dia sahaja
kawan2 yang lain pun sama
kalau dah rumah jauh
takkan saya tergamak
biarkan seorang kawan
menungggu di stesen bas berjam-jam
apa salahnya kalau saya jemput
dan dia lepak2 di rumah saya dulu
kan??


You're never alone, I'm always near,
When your troubled, down or blue.
All you have to do is call me,
I'm always here for you.

It doesn't matter where I'm at,
It doesn't matter when.
When you need someone to talk to,
I'm here to be your friend.

If you need someone to hold your hand,
or a hug to say I care.
If you need a shoulder to cry on,
for you I will be there.

So never think you are a burden,
when the weight gets to be to much.
You might find if look hard enough,
a good friend could be the right touch.

You're never alone, I'm always here,
through the good times and the bad.
I'm always here to be your friend,
I don't like to see you sad.

A friend is a hand when you need it,
A smile when you’re sad,
A lift when you’re weary,
A song when you’re glad
A help when you falter,
A word when you’re blue,
A hope for the dreams that are
Special to you.

Attitude is all that determines Altitude!



21.8.09

salam ramadhan


selamat berpuasa
to all my readers
hehehehe


alhamdulillah
untuk kali ini
saya agak bertuah
dapat menyambut awal ramadhan di rumah
suka hati + gembira tak terkata
tapi hati tak berapa OK sebab
mama tak sihat sangat

apapun
semoga ramadhan kali ini
lebih baik dari tahun sebelumnya
insya-Allah

perubahan?
itulah yang saya inginkan
ke arah yang lebih baik
tolong doakan ya!

dat's aLL la

19.8.09

selasa yang ngop!

semalam
terasa kembali ke dunia persekolahan
SMK Zainab 2 tahun 2005

buat hal seperti umur 17-18 tahun
ponteng kelas
tak submit assignment
lari bila nampak cikgu
masuk kelas tapi tak tahu apa-apa
k.o.s.o.n.g!!!

kenapa jadi begitu??
Mid-Term Java punya pasal lah ni
mana boleh focus
kalau study tak habis

pukul 11am kelas BM
okeh, bangun awal sebab
nak kena pergi office
appeal saman!
dah la tidur lewat
sebab discussion BM
dan semestinya
masa kat kelas
hatiku berdetup-detap (ada ke bahasa ni?)

lantas buat keputusan
di saat akhir
bila cikgu Mascitah keluar
saya pun nak keluar
ponteng kelas kedua BM cikgu Noraini
Syefah?
she is my follower!
hahahaha

then
saya terus ke masjid
lepak kat situ
STUDY ye!!!
memang study lah
1 jam 30 minit study java
Syefah?
mestilah lepak kat e-voke
cam biasa

yesterday was very bad day!!!
lupa ada kelas ganti
Calculus oh calculus
selamba sahaja bila habis kelas
pi lepak kat bilik BUN
huhuhuhu

Siti Aishah...
"ubahlah sikapmu"


jawapan tuk soalan lazim

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: "Tunggu bas ke?"
Jawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: "Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: "Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X...ko tunggu jap nanti otromen kuar".

sumber: Isu Hangat


18.8.09

f.a.k.t.a v.i.r.u.s. Ah1n1

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

  3. Kanak-kanak dan remaja (<>

  4. Wanita mengandung

  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHo)
sumber : Web Rasmi AH1N1

hati meraung

hanya online kat LAB
sangat tak suka!
sangat boring di bilik!
apa nak buat??

17.8.09

layan je

adik fir yang semakin kurus....

dia sakit mulut...sangat kasihan!

galop 2 beradik!

jamu selera...

16.8.09

malas

malam ni balik UIA
hwaaaa
kembali ke alam "Sibuk"
untuk minggu ni
isnin- test Method of Da'wah + due date assignment Computer Networking
selasa- mid term Java + due date part 2 kertas kerja BM
Rabu- test Calculus
sangat tension!

adik-adik dah sihat
Thanks God

kepala sedikit sakit
terhantuk kat dashboard
semalam accident
huhuhu
nasib xlanggar orang
just langgar bontot kereta orang depan
bebe punyer pasal laaa

tag from enia

1 dimanakah kamu berada sekarang?
+ Baiti Jannati

2 apakah warna baju anda pakai sekarang?
+ baju tido warna biru!


3 bila kali terakhir anda menonton tb?
+ semalam-ayat-ayat cinta tv3

4 kamu belajar/bekerja dalam bidang apa?
+ ICT (Komputer Sains)


5 lagu yang anda sedang dengar?
+ I'm Yours-Jason Mark (Layan jiwa eh!)


6 ke mana kali terakhir kamu keluar umah?
+ ke rumah emak kat kemaman


7 benda yang kali terakhir anda beli dengan duit sendiri?
+ buku tu benda ke? novel lah


8 tempat yang anda teringin sangat nak pergi?
+ Australia! (huhuhu..mimpi jer kot)


9 seseorang yang kamu teringin sangat nak jumpa?
+ Of kos la Namia



10 apakah berita terbaru yang anda baru dengar?
+ h1n1 dah menyebabkan 60++ kematian


11 kalau deberi 1,000 sekarang, nyatakan apakah barang yang anda ingin beli (sekali beli je, bukan banyak2)?
+ Handphone baru + external

12 rakan friendster yang terakhir anda jumpa?
+ Bun, Dila, Juju, Hazimah


13 pukul berapa sekarang ni?
+ 9am

14 tadi anda makan apa?
+ nasi lemak ayam goreng

15 tag 4 rakan :
+ Yiyin
+ Bun
+ Dikdah
+ Yutaka

14.8.09

just...

going back home
tonight
at 9.30 pm
yuhuuuuuuu
agak berani mati dow

13.8.09

kembali senyum

alhamdulillah
everything become so Gooood
Thanks to Allah

dah boleh senyum
kepala dah tak pening

otak dah free sikit
tak banyak masalah dah

cuma busy as a student

biasalah tu
kalau xbusy
bukan student la namanya


adik fir
dah boleh kuar today

kak chik
makin sihat dah

kak ngah
dah nak balik esok


kak long pulak??
mestilah stay kat UIA ni
tak berani nak balik lah
kerja bertimbun-timbun

Next week
apa nak jadi-jadilah
saya mahu pulang!
sambut awal ramadhan kat rumah

UIA punyer network
agak sengal hari ini
facebook takleh buka

ape dah jadi ni??????


12.8.09

tag dari yaya

nama timangan :
ecah, mekcah

anda seorang yang :
baik budi bahasa (iye ker?)

lagu kesukaan :
Isabella (xpernah basi lagu ni)

food kesukaan anda :
tomyam + nasi dagang

sikap yang membuatkan anda stress :
terlebih perasan

menda yang mesti ade lam beg :
henpon + pen

warna kesukaan anda :
biru + hitam

kali terakhir anda menangis dan mengapa :
pagi tadi sebab dapat tahu adik masuk hospital (nak balik!!!)

tag 6 rakan :
Izrin + Dikdah + Wahida + Enia + Yutaka + Miez Hanem

stress peringkat 1

huishhhh
agak busy lately
tak tahu nak habaq camna
next week

isnin=submit Asgment CN, re-test Method of Da'wah
selasa= submit task-2 BM, mid-term Java Programming
rabu= test 1 Calculus
khamis= free lagi setakat ni

adik bongsu pulak
masuk hospital
time2 macam ni
doc pakar cakap camni
"peti suara budak ni bengkak"
saya pun tak faham apa maksud dia

so how?
perlukah saya balik?
masih dalam proses "pe-fikir2-an"
masih dalam proses menyiapkan semua kerja
kalau sempat siap semua
insya-Allah
i'll go back this weekend
if not
just stay at my "beloved room"

agak terkejut
sepatutnya ada discussion kul 4pm tadi
kat musolla halimah
skali p musola
ada notice like this
"h1n1-restricted area"
hohohohoh
bebudak kena kuarantin duk kat situ
apa kena UIA ni?
bahaya tu!
member2 ramai kat blok E
kang berjangkit

don't know what to say la
malas nak fikir apa2 pasal h1n1 ni
kalau UIA announce cuti
saya blah
tak cuti pun tak kisah
whatever

11.8.09

cerita sakit lagi

sekarang
rasanya asyik2 bercerita pasal sakit

semalam
adik bongsu saya pulak sakit
batuk n bunyi cam ada asma
mak saya kat kampung
2x pi klinik hari ni
awal pagi
bawak kak chik
tup2 petang
dik fir lak yang sakit
ciannyer adik kesayangan saya

budak berdua tu
dah la susah makan ubat
aduiiiiiii

hari ini
kenyataan yang pasti
adik saya Fir kena tahan kat wad
hwaaaa
masuk spital Kuantan
sedihhhhhh

Ya Allah
jauhkanlah adikku
dari segala penyakit berbahaya

sakitnya bila terluka


bila kita lihat
orang yang kita sayang
bersama orang lain
di hari yang paling bermakna
dalam hidupnya
of kos la sedey kan?
even cakap dah tak ada feeling apa-apa
konpem hipokrit je tu

sakit bila dikecewakan
lebih dari sakit gigi tau!
sebab
kita akan lupa macam mana rasanya sakit gigi bila luka itu sembuh
akan tetapi
luka di hati
semakin hari semakin pedih
sebab
kita tak akan sesekali lupa macam mana rasa bahagia tika bersama dia

pendek kata (panjang xkata ape2 ek!)
kita akan sentiasa mengingati
e.x.c.e.p.t
kita dah hilang ingatan
lebih2 lagi kalau orang itu
yang pertama buat kita jatuh cinta

boo-wat my best friend
yang sedang berduka lara
usah sedey2 lagi ya
aku sentiasa ada
nama aku pun "A" gak ni
hihihih

rilekskan mida OK?
Kumbang bukan seekor!
oppppssss lupa dow
kita sama-sama tak suka pepatah ni
sebab kita sayangkan manusia
bukan kumbang!

Niway Life must go on What was happened Already happened Just take it easy

10.8.09

musim sakit

sakit gigi pulak
gigi yang sama
heran tol la
ngan dentist UIA ni
study xabes ker?
menyeksakan saya jer
giler sakit cam nak mati


elok2 saya sakit gigi bawah
tup2 dicabutnya gigi atas
alasan diberikan
gigi atas pressure gigi bawah
sengal ke apa alasan camtu?
sekarang ni sakit balik tau
kan senang kalo cabut jer
gigi yang saya sakit tu!


macam nak p cekik jer
cik doktor tu
hiiiiiiiiii
GERAMMM SANGATTTT


saya kat sini sakit gigi
adik saya kat kampung demam
sedih....
Kak Chik batuk n selesema
esok mak bawak p klinik
moga demam biasa jer
get well soon my sis
muakssss


time dia sakit...

bila dah sihat....

8.8.09

Lirik Nur Kasih


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Artis: Yassin
Selamat menyanyi!

ni link kalo nak download lagu Nur Kasih
KLIK SINI

pinkylunna- leh la download...saya da kasi link;-)

7.8.09

semakin OK

alhamdulillah
dah semakin baik
cuma tinggal sakit kepala jer
maybe memberi effect ckit kot

makan nasi free petang semalam
BUN ngan baik hati belanja
Thanks a lot
dat's what we call friend

malam ni
kena pegi tutorial java
cos 18 Aug ni mid-term
nampaknya
xleh tengok Nur Kasih la

++MHZ: we still fwens ya! Thanks

6.8.09

i got MC this morning!

dapat pelepasan hari ini
semalaman xtido
mestiah dapat cuti sakit

akhirnya
gigi yang selalu menyebabkan
saya xtido malam
dah dibuang
ahamdulillah
agak sakit!
memang sakitlah!
2kali kena suntik
sb suntikan kali pertama
xberi kesan apa2
keras betul la gusi saya ni

Doktor yg merawat saya
memang baik
muda dan cantik lagi
saya orang ke-2
jadi pesakit kat
IIUM dental clinic ari ni
sb p jumpa doc kul 8.40am
senang citer
hari ni menghabiskan masa
di bilik sahaja

online dulu
sementara tunggu BUN
datang hantar makanan
nasi bubur kat BABUSH
thanks BUN

ermmm
group BUN dapat no-2
kuiz semalam
cayalah
budak BAR
of kos laaa
C.O.N.G.R.A.T.S BUN, KAK BA, n ECAH
-edit time sakit-

5.8.09

Arabic Quiz

Venue: Mini Audi UIA
Time: 8pm

Date: 5th August 2009

Malam ini!!!
hwaaaaaa
saya nak pegi tgk (even xreti arab!)
coz my-ex rumate
yg merangkap sahabat sengal
wakil utk bebudak BAR

Mcm mana nak g
kalau saya sowang?
agak segan la
kang xpasal2 saya sowang jer
budak ICT kat situ
of kos la speech in Arabic
konpem saya xpaham

Tapi nak jugak kasi semangat
kat member2
especially Bun
xlupa jugak
lain-lain
Dila, Kak Ba, Ecah
wish u all

a.L.L d.a B.e.S.t

4.8.09

Thanks i.na

Got it from ina
sempena friendship day
sweet kan??
she knows -i like blue-

and now
my handphone become like this
++xsabar tggu friendship day tahun depan..Gapo pulok ina nak wi??hehehehe

Many people will walk in and out of my life...
But only true friends will leave footprints in my heart - ina

7 Ogos 2009 yang istimewa

Pada 7 hb Ogos 2009 (hari Jumaat ini)
Pada jam 12, 34 minit dan 56 saat . Masa akan menjadi :

12:34:56 07/08/09

Dari 1 hingga 9

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Ini tak akan berlaku sepanjang hidup anda lagi!!!

sumber "ISU HANGAT

3.8.09

dah mula busy

skang dah masuk minggu ke-4
erm...agak busy
tutorial dah mula
next week dah ada test

sangat penat!
sangat pening!
sangat tension!


schedule for tutorial
c.a.l.c.u.l.u.s = Mon: 5-6.30pm
c.o.m.p n.e.t.w.o.r.k.i.n.g = Tues: 5-6.30pm
j.a.v.a = Thurs / Fri: 8-9.30 pm
huhuhuuu
tapi saya xpernah
menghadirkan diri
ke semua tutorial class di atas
sebab
masih belum bersedia
hehehehe
boleh ke camtu?
wat ever la....