31.7.09

dinner + perhimpunan

dinner punyer citer
chikna datang
amik saya, ema dan norsha
dinner kat luar
dalam hati
'terlepas Nur Kasih malam ni'

ingatkan nak bwk pusing KL
skali makan kat tepi
SMK Teknik Gombak
bumbung UIA pun nampak!

saya dah pernah ke sana
ngan beloved roomate sb
kafe tutup
biasa makan kat Aisyah Tomyam
tp mlm ni makan kat Awe Tomyam
ok la kot
tp tomyam best g kat Aisyah
serious!

Malam ni
Jalan pun sesak teruk
lepas tol Gombak
ada RoadBlock
ni pulak
-RoadBlock kat Tol Jalan Duta-

mana xsesak coz esok ada
perhimpunan mansuh ISA
saya turut menyokong
ni xde kaitan ngan politik tau!

pendapat saya la (org lain saya xtahu)
memang xpatut pun ISA ni
even kita di akhirat nanti
jahat macam mana sekalipun
tetap di adili
then kalo dah confirm salah
terimalah hukuman sewajarnya
bukannya kurung orang
berpuluh-puluh tahun
tapi xdiberi peluang
untuk membela diri
sangat xsuka!!
sb orang tu ada hak utk bersuara
bukankah Malaysia
sebuah negara
D.E.M.O.K.R.A.S.I
???



p/s: buat Farid- Mung nak g kan? aku doakan selamat semuanya. Jgn bwk Matric Card tau!!!! Ingat pesan aku ni- bwk ramai2 geng mung....

alasan semata-mata

kena ponteng tutorial ker?
nampaknya begitulah
sepatutnya
malam ni ada tutorial Java

hati da terbahagi dua
nak pegi ke taknak
tp bila pikir balik
kena pegi
sb coding2 ni payah
lgpun mana la tau
kot ada jodoh jumpa mr.G saya
heheheh

kai ni ponteng beralasan
sb chikna n ayah in nak datang
so mestilah
keluarga di utamakan

++Paling penting, leh tengok Nur Kasih.....yey!!

mana satu ni

pening...pening
kejap xjd datang
pastu jd la pulak
ntah pape la..

balik dr kelas calculus
tgk phone
ada misscall dr "sweet home"
upenya nak gtau
'esok chikna n ayah in naik KL'
waduh...waduh...
ngapa ya kamu datang?

xsyok la saya nk kuar jalan2
mereka berdua memang la baik
siap nak bwk
saya, ema n norsha p ikea lagi
tp masalahnya
saya xnak pegi sana!
saya nk pegi
pc fair n book fair la
tolong lah faham

dah inform bebe
saya cakap
"Kaklong xnak ikut chikna p jalan2"
bebe tya nape?
alasan saya
"Nak p KLCC n pesta buku"
skali bebe tanya
"Dah xleh beli novel lain kali ke?"
saya da mula tarik muncung
"Bkn xleh tp murah ckit time ni"
ayat power dr bebe
"Mana penting, keluarga atau pc fair n book fair tu?"
da xleh pertahan dah
mengalah akhirnya
"OK2, Kaklong ikut diorang la esok!"

hiiiiiii
agak geram
xsemangat nak jalan
bawak la saya ke mana pun
yang pasti
fikiran saya ke lain

tubuh badan jer
follow diaorang

29.7.09

mana satu

alhamdulillah
nampaknya weekend ni
leh pegi pc fair lah
sb chikna dah konpem
xjd datang
coz ayah in kena p penang
huhuhuhuh
syukur2

hajat di hati
moga dimakbulkan
nak beli
USB Connection
Laptop Skin
External Hard Drives

mana satu pilihan hati?
da survey sikit kat internet
Toshiba n Buffalo
xkisah la mana2 pun
sempat ag nak pikir

sepanjang hari ni
saya makin berselera
banyak betul saya makan
kul 1- nasi air (org KL panggil bubur, OK?)
kul 5- kebab
kul 9- nasi goreng tomyam + telur mata + kebab (pencuci mulut)

saya dah jatuh cinta
ngan kebab halimah la
mama cakap
"Jgn wat balik org jual kebab sudah.."
hehehehe


28.7.09

nur kasih lagi

CALON menantu mak. Mungkin itu gambaran terbaik boleh diberikan kepada pelakon Fizz Fairuz menerusi wataknya sebagai Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih, yang kini hangat ditayangkan di TV3.

"Ia sebuah cerita dengan watak yang banyak bermain perasaan dalaman. Aidil seorang lelaki yang tersepit antara cinta, ibu bapa dan adik lelaki. Sepanjang cerita, Aidil banyak terjebak dalam keadaan sebegini. Dia perlu berkorban kasih kerana mahukan kebaikan untuk adiknya, Adam. " sumber SINI

agak kelakar tgk muka
Fizz Fairuz kat sini
tetiba jadi alim
hihihihih

masa tgk "Syurga Cinta"
lagi lah lawak
tetiba ada tahi lalat
besar kat muka
kesian sangat
da jadi xhensem

+ada macam A.L.S la+

selera perut

makan banyak!
berbuka poser
nasi + sayur campur + paprik ayam + telur dadar
skali kul 9.30pm
da lapor balik
huhuu
p kafe halimah
beli pulak
fries
n masak air sendiri
nescafe O
niat di hati
nak tambahkan berat badan
sb dah ada yg tegur
ckp muka saya dah cekung
hwaaaaaa
maybe jd kurus
sb banyak berfikir
skang dah xde ape2 nak pikir

episod terakhir

setelah sekian lama
kenapa semua ini
baru berlaku?

ikah
"aku sedih! betul la ape yg anik cakap."
"Nyesal xikut kata anik dulu, kan?"

MHZ
teruslah jd silent reader kat cni
saya xkisah pun
xde sb utk kita bermusuhan

Liza
awak yg dia pilih
bermakna awak mampu bahagiakan dia
saya cuma kenangan di alam persekolahan

Kini
saya dah pasti dgn kehidupan saya
nak mulakan hidup baru
"no more tears 4 what already happened"

saya pulak
nak enjoy dgn life skang
xsakit kepala
xsakit hati
-bahagia selalu-

********************************************
Buat Seorang Kekasih

Oh sepi terasa
Setelah cinta pudar di hati
Tak mungkin dapat ku melupakan
Kerana dialah kekasihku

Dan di saat ini
Ku masih terus menyintaimu
Melupaimu tak mungkin ku mampu
Terdengar suaramu memanggilku

Dahulu kita sungguh mesranya
Bergurau senda saling menyayang
Kita berjanji bersumpah setia
Hingga ke akhir hayat ingin bersama

Kita merancang, Tuhan menentukan
Tiba masanya, kau pergi... tak kembali

Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu
Siang malam sepi kurasa
Aku rindu kemesraanmu

Ku terkilan hajat tak sampai
Kasih putus di tengah jalan
Tinggal aku keseorangan
Tiada lagi gurau sendamu

Lagu: Slam

27.7.09

izin ku berundur

mestilah dari
penyanyi kesayangan saya

Sudah hukum dunia
Dalam memilih langkah
Ada kala perit ada jua sebaliknya
Satu masa bersama
Tiba tika berpisah
Walau hati kita tak sepenuh rela

Bukannya ku sengaja
Timbulkan masalah
Tapi kehendaknya
Ku turut kaki melangkah
Kerna ada waktunya
Diri dapat beralah
Dan ada detiknya
Aku tak berdaya

Walau ditakdir tak dapat lagi bersama
Namun kenangan terus membara... di lubuk jiwa
Kerna tak pernah diri ini disakiti
Malah kau akan pastikan aku... tak tersisih

Oh... cuma jodoh kita tiada
Kerna aku perlu memikirkan
Mana aku, mana engkau
Tapi ku yakin kau tetap bersinar
Walau tak seiring seperti mana
Yang telah kita lewati

Aku terasa memilih cuma satu jalan
Biar keadaan sama ku sayang
Terkilanya hati namun apa daya
Itu hakikatnya
Izinku berundur...

Namun apa ku pinta
Agar di hati tak akan menyimpan
Dendam dan benci

Maaf, maafkanlah aku
Jauh di hatiku
Kau bukan seteru
Panjang umur kan bersama tapi berbeza
Yang pentingnya kita dapat
Sama-sama mencapai cita-cita hidup kita


suka-suka

cayang budak2 nih...
tetiba rindu la pulak!

++kak chik++

++dik fir++

++ecah++

26.7.09

kehilangan

seminggu ini
saya agak takut
menghadapi kehilangan
hilang orang yg saya sayangi

saya mimpi benda sama
2 kali
kali pertama
saya diamkan shja
tapi kali kedua
saya ceritakan pd syefa

ya Allah
"sesungguhnya aku
belum bersedia
utk kehilangan
orang yang aku sayangi"

dan malam ni
saya kongsi cerita ni
dengan adik saya

mungkin hanya mainan perasaan
tetapi saya fikir yg bukan-bukan
sedangkan mimpi hanyalah mainan tidur

cukuplah aku kehilangan
-ayah(1999)-
-kak zan(1999)-
-abah(2005)-
-tok ayah(2006)-
-paksu(2007)-
-cik kak wan(2008)-
Al-Fatihah buat mereka
semoga di ampunkan dosa
dan di tempatkan
di kalangan orang-orang yg mulia
di sisi-Mu Ya Rabbi

++saya percaya, Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya...

Semoga saya redha dan tabah menghadapi apa jua ketentuan Ilahi. Saya anggap ujian daripada Allah itu adalah rahmat dariNya….itu tanda Allah masih sayang pada saya.....

25.7.09

awal pagi ke Aikol

Family Management & Parenting
class da start ari ni
bangun pepagi
kul 7.30 da jalan
huhuhu

class kat Aikol
xsusah sgt nak cari
even 1st time pegi sana

alhamdulillah
lecturer tu agak baik
name: Dr Ismail
xde skema sangat
cakap melayu jer
sb class ktowang
xde foreigner

bila abes sem ni
nanti saya akan jadi
isteri solehah
merangkap
ibu mithali
hehehehe
insya-Allah

kisah semalam

semalam
keluar ngan bun
ajatnya nak pi
makan kat KFC wangsa maju
nak pusing2 dalam JJ ajer
skali tukar plan
terus amik Metrobus 91
ke Sogo

sampai sogo
terus isi perut
lapor beb!
saya order
snack plate + nugget + sundae cup
bun pulak
chicken rise
dari pagi xmakan
tu pun mujur
bun kejut aku kul 10
hehehe
kalo tidak
KFC atas katil la

nak pusing2 pun
da dekat Solat Jumaat
so masuk First Lady
berkenan kat satu baju ni
terus beli
kira baju raya la
sgt cantik (di mata sdiri)

bun kena tegur
dek owang giler

ntah ape-ape ar
orang tu cakap sowang2
mata dia tengok kat bun
bun lak
wat muka xbsalah
kool jer cross depan dia
huishhh
berani mati katak dowh!
saya wat ape?
mestilah saya lari
takut la
safety first!
sblum pape baik cabut kan?

kitaowang nampak
opssss silap!
bun nampak Awie
ngah shooping kat Sogo
agak ckit heran ngan bun ni
dia jalan tgk sekeliling
bkn tgk barang
tetiba bunyi
"Eh Tak, Awie kan tu?"
skali pusing tgk
yup!
memang Awie
ngan wife n 2 anak dia
rambut wife dia toksah cakap la
sebijik color cam
orang yg kat utan tu
(faham2 sdiri lah yer!)


++Wat Juju, Happy Besday!

24.7.09

buat b.u.n

boring!!
nothing to do
so
last night
i create something for bun
ho..ho..ho..
i've already upload at youtube
dat's the way
i appreciate u, bun
as my special best friend

coz
dalam kalangan kwn2 bun
depa sumer xkenal saya
as Siti Aishah
but they know me
as "butak!"

ok then
u all can search
"Istimewa Buat Temanku (wahida)"
or straight view at youtube
just click HERE


22.7.09

L.a.y.a.n. S.a.j.a

Biarlah aku luah segala
Pahit getir yang kupendamkan
Semoga terkikis sayang
Sengsaraku keranamu

Dahulu pernah engkau berjanji
Kan setia ke akhir hayat
Kita merancang bina mahligai
Atas dasar cinta suci

Dari hari ke hari
Semakin sayang padamu
Apa saja yang kau mahu aku turutkan
Kau pinta kujujur selalu
Dan setia bersamamu
Walaupun ada kala hatiku kau guris

Sedangkan aku menunggu hari yang paling bahagia
Kau pula merubahkan fikiran
Mudahnya kau memutuskan hubungan
Sedangkan kau belum tunaikan impian kita

Hari ini kau gembira
Mungkin esok kau berduka
Kuberserah pada Tuhan
Menentukannnya

Lagu: Kekasihku di ambil orang
Artis: Lemon T

++kenapa sanggup melukakan hati kaum sendiri?

r.a.w.a.n

Biar berjauhan
Namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti

Bukan bintang atau suria
Bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya
Menerangi jiwa lara

Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan

Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku

++untuk kali ini, masih adakah sesi pujuk memujuk?

21.7.09

takkan berhenti mencintaimu

novel ini
agak lain dari yang lain
really like it
ending yg betul2 sy xjangka
4 1/2 stars!

suka ayat ni
*cinta sejati xkan bertambah dgn kebaikan dan xkan berkurang dgn kelemahan*
*kau tetap hidup dalam rinduku*


Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang isteri sedang sekeping hati kecil sudah bersumpah untuk mencintai orang lain. Silapkah sebuah perkahwinan sehingga bunga-bunga asmara tidak pernah berkembang indah? Silapkah terlalu mencintai sehingga benci menjadi kelopaknya? Silapkah jatuh cinta sehingga haruman yang mengindahkan itu menjadi racun nan berbisa? Malam-malam kian sepi dan semakin sepi, dihambat persoalan-persoalan yang tiada jawapan. Namun lelaki itu tidak akan berdiam diri. Dia akan melakukan segala-galanya untuk memiliki hatinya…

Dan aku, Puteri Chaira Cleopatra, takkan mahu menjadi Cleopatra yang sepi tanpa Caesarku. Kerana aku takkan pernah mencintamu…

kekasihku....meskipun kita tak dapat bersama, tapi mimpi indah itu tetap mimlik kita,kan? Selamat tinggal, kekasihku. Ini adalah pengucapan terakhir yang abadi selamanya daripada kekasihmu. Aku tetap menyayangimu walau siapa pun kita. Di dunia ini tidak ada apa yang kutinggalkan, hanya secebis cinta untukmu yang tak mampu aku terjemahkan di bibir. Cleopatra....hanya kau kucinta (mantap giler!)

++akhirnya puas hati walau duit melayang RM 27.90!

20.7.09

kasih ayah

Kasih bapa kepada anak melebihi segalanya. Jasanya tidak terhitung, cuma semua itu sukar dimengertikan si anak, sehinggalah suatu hari kelak giliran anak pula bergelar bapa.

Islam meletakkan bapa pada kedudukan yang tinggi dan menjadi kewajipan setiap anak memuliakan bapa, mentaati dan menghormatinya, berbuat baik dan berkata dengan sopan.

“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra': 23-24)

Teks al-Quran itu mengajar manusia melayani orang tua. Tetapi sejauh mana ketaatan itu? Apakah pula yang dikatakan kebajikan terhadap orang tua?

Menurut Imam al-Ghazali, kebanyakan ulama berpendapat, ketaatan kepada orang tua wajib dalam hal meragukan dan tidak wajib dalam hal yang jelas haram kerana meninggalkan sesuatu meragukan adalah warak (berhati-hati), sedangkan keredaan orang tua adalah wajib.

Berbakti kepada orang tua tidak hanya kepada bapa atau ibu yang Muslim.

Walaupun kedua-duanya kafir, anak harus berbuat baik kepada mereka dan termasuk berbuat baik dan tidak berjihad kecuali dengan izin mereka.

Dalam hadis sahih diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w meminta izin kepadanya untuk berjihad.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apakah ayahmu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya.” Nabi bersabda: “Berjihadlah bagi kedua orang tua.” (Hadis riwayat Muslim)

Melalui hadis lain disebutkan orang itu menjawab: “Ya, kutinggalkan mereka menangis.” Nabi berkata: “Pergilah, buatlah mereka tertawa, sebagaimana engkau membuat mereka menangis.”

Jangan sesekali membuatkan bapa menitiskan air mata. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dia berkata, bersabda Rasulullah bermaksud: “Tangis kedua orang tua termasuk penderhakaan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Menurut al-Qurtubi, termasuk kesempurnaan dalam berbakti kepada kedua orang tua ialah menjalin hubungan baik dengan orang yang mereka cintai.

Diriwayatkan dari Muaz ibn Jabal r.a, Rasulullah bersabda, ertinya: “Sesiapa berbakti kepada kedua orang tuanya, beruntunglah dia dan Allah menambah umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya'la, Tabrani dan al-Hakim)

Bagi anak yang sudah ketiadaan bapa, masih boleh berbakti kepadanya.

Diriwayatkan Abu Usaid, seorang Badwi, dia berkata: “Aku sedang duduk bersama Nabi s.a.w, kemudian datang kepadanya seorang lelaki Ansar.

Dia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah aku masih boleh berbakti kepada ayahku sesudah dia meninggal?

Baginda menjawab yang bermaksud: “Ya, mendoakan rahmat bagi keduanya, memohonkan ampun bagi keduanya, melaksanakan wasiat mereka, menghormati teman mereka, menjalin hubungan dengan kerabat daripada pihak mereka berdua. Inilah yang masih boleh engkau lakukan.”

Sebagai anak, tutur kata dengan bapa sewajarnya sopan dan beradab, tidak mengguriskan hati, malah melayaninya dengan penuh keikhlasan, hormat dan rendah diri.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a, dia berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi bersama seorang tua.

Nabi bertanya: “Siapakah yang bersamamu?” Orang itu menjawab: “Ayahku.” Baginda bersabda: “Jangan berjalan di depannya dan jangan duduk sebelum dia, jangan memanggilnya dengan namanya dan jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain memakinya.” (Hadis riwayat Tabrani)

Menurut Atha’, perkataan lemah-lembut seperti “wahai ayah, wahai ibu” tanpa menyebut namanya.

Ibnul Baddaah at-Tujaibi berkata: “Aku berkata kepada Said Ibnu Masayyab, semua yang ada dalam al-Quran mengenai berbakti kepada kedua ibu bapa sudahku ketahui, kecuali firman-Nya bermaksud: “Dan berkatalah kepada keduanya dengan perkataan yang mulia.” Apakah perkataan yang mulia itu?”

Ibnu Masayyab berkata: “Ia adalah perkataan hamba yang berdosa kepada tuan yang bengis dan keras.”

Begitulah kiasan dalam hubungan interaksi antara anak dan bapa. Tetapi kini ada anak sewenang-wenangnya menengking bapa, memaki hamun, malah sampai menghumbankan bapa ke penjara dan mencederakannya.

Bongkaknya, seperti sudah lupa asal usul.

Ibnu Abbas berkata, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membuat reda kedua orang tuanya di waktu pagi dan petang, dia pun mendapat dua pintu syurga yang terbuka dan jika seorang, satu pintu. Sesiapa di waktu petang dan pagi membuat marah kedua orang tuanya, dia mendapat dua pintu neraka yang terbuka, jika seorang, satu pintu.”

Tetapi bagi si anak pantang melihat bapa melakukan perkara bertentangan.

Bapa, walaupun kerap kali berdepan dengan anak bermasalah, tetap bersabar dan menutup aib sehinggalah dia dapat melihat anaknya menjadi orang berguna.

Malah, anak selalu berkira soal makan minum dengan bapanya. Sudahlah wang jarang dikirim, bertanya khabar jauh sekali. Beberapa kali diberi, sudah mula mengungkit itu dan ini.

Satu kisah terjadi pada zaman nabi. Diriwayatkan dengan Isnad bersambung dari Jabir ibn Abdillah r.a, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku mengambil hartaku.”

Kemudian Jibril turun kepada Nabi dan berkata: “Allah Azza wajalla menyampaikan salam kepadamu dan berkata kepadamu: “Apabila orang tua itu datang kepadamu, tanyailah dia mengenai sesuatu yang dikatakannya dalam dirinya dan hanya didengar kedua-dua telinganya.”

Ketika orang itu datang, Nabi berkata: “Mengapa puteramu mengeluhkan kamu? Apakah engkau ingin mengambil hartanya?”

Orang tua itu berkata: “Tanyailah dia, ya Rasulullah, apakah aku membelanjakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku?”

Rasulullah berkata: “Janganlah ceritakan hal ini kepada kami. Beritahulah aku mengenai sesuatu yang engkau ucapkan di dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu.”

Orang tua itu berkata: “Demi Allah, wahai Rasulullah, Allah Azza wajalla selalu menambah keyakinan kami kepadamu. Aku sudah mengucapkan sesuatu di dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku.”

Rasulullah berkata: “Katakanlah supaya saya mendengarnya.”

Orang itu berkata: “Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan kubiayai engkau di kala dewasa. Engkau minum daripada rezeki yang aku berikan padamu.

“Bila engkau sakit pada waktu malam aku tidak tidur dan gelisah semalaman suntuk kerana penyakitmu, seakan akulah yang terkena bukannya engkau dengan penyakit yang menimpa orang lain sehingga aku menangis.

“Diriku takut engkau binasa, supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.

“Apabila engkau jadi besar dan mencapai akhir umur, aku pun tidak mengharapkanmu, engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.

“Kiranya bila engkau tidak memelihara hak aku sebagai bapa, engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan. Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku, dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu.”

Ketika itu, Nabi memegang leher baju putera orang itu dan berkata: “Engkau dan hartamu milik ayahmu.”

sumber SINI

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
++ Tiba2 teringat kat arwah ayah saya


Isra' Mikraj

ISRAK dan Mikraj adalah peristiwa luar biasa, melangkaui pancaindera manusia tetapi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai langit dan bumi.

Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongeng tetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu.

Malah, ulama mencapai kata sepakat, orang Islam yang meragui atau tidak mempercayainya adalah terkeluar dari Islam.

Peristiwa itu dirakamkan dalam al-Quran. "Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (al-Isra':1)

Israk bermakna perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat.

Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan, menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha, ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.

Daripada riwayat menceritakan beberapa liku kejadian dialami baginda, tidak kurang dengan kejadian aneh bermula dari awal.

Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum Nabi s.a.w berhijrah. Ketika itu, nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.

Tiba-tiba, datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan 'khatimin nubuwwah.'

Selesai pembedahan, didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa (Israk) dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.

Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer setiap saat. Kecepatan Buraq sekelip mata di antara Makkah dan Palestin.

Sampai di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan melakukan solat dua rakaat seperti di Thaibah (Madinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bercucuk tanam, terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.

Apabila ke Hadhratul Qudus untuk bertemu Allah baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di langit pertama Nabi bertemu dengan Nabi Adam a.s. Baginda diperlihatkan roh syuhada di sebelah kanan Nabi Adam dan roh manusia yang rugi di sebelah kirinya.

Selepas itu, di langit kedua baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa, di langit ketiga dipertemukan dengan Nabi Yusuf, di langit keempat bersama Nabi Idris dan di langit kelima dengan Nabi Harun, yang turut mengucapkan salam kepadanya.

Tiba di langit keenam baginda berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim di langit ketujuh.

Di langit ketujuh Nabi juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk.

Kemudian, dari langit ketujuh Nabi terus dibawa ke langit yang lebih atas, iaitu Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

Nabi s.a.w diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis, malah baginda juga diperlihatkan malaikat Jibril dalam bentuk yang sebenar.

Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja, selepas melalui permintaan berulang kali atas usul Nabi Musa.

Rasulullah kembali ke Masjidil Haram di Makkah dengan selamat dan bersyukur kepada Allah.

Antara tanda kebesaran diperlihatkan kepada baginda ialah kehebatan perjalanan itu yang hanya mengambil waktu semalaman, menggunakan kenderaan Buraq yang tidak pernah dikenali manusia.

Kehebatan perjalanan itu sukar dimengertikan akal manusia. Tetapi yang nyata itulah bukti kekuasaan Allah yang mencabar keimanan manusia untuk menerima dengan sepenuh hati.

sumber : Harian Metro

++ BUN...UIA xcuti tau ari ni!

19.7.09

cinta monyet

awk pcya x cinta monyet tu xkekal?
-xsemestinya laa
maksud?
-depends on situation
contoh?
-kita. ok x?
erm..xsesuai sb slalu gaduh
-sape yg mulakan?
awak dan saya. dua2 xnak kalah,kan?
-betul
jwbla skln td. betul ke xkekal?
-kan dh jwb. xsemestinya.
tp sy rasa betul
-xpyh pikir la.
sb cinta d usia muda, nafsu jer.
-bila dh mulakan hbngan serius, itu tnda dh ckup matang
tp xde kesudahan
-perkahwinan?
itukah pengakhiran cinta monyet?
-pengakhiran cinta manusia di usia muda
ok. restu?
-Insya Allah ada
yakin ke?
-70%. xknal spnuhnya family bakal mertua
dh bsedia?
-of kos! dah 80%
mana lg 20%?
-ada dgn awak! saling melengkapi
mengarut!
-kenyataan!
lawak la
-serius

opsssss apa yg patut di jawab?

cinta monyet---> hanya melihat dengan pandangan mata dan mendengar dengan telinga bahkan tidak menilai dengan akal fikiran dan tidak mencintai dengan setulus hati....
benarkah begitu?

jalan-jalan

awal pagi da kuar
xde la awal sgt
lebih kureng kul 11.00am
janji kul 10.30am
biasalah tu
janji melayu

pusing2 area Masjid Jamek
ternampak 'asma n abangnya'
pastu agak pelik
bila ramai yg berbaju merah
pikir punyer pikir
ari ni MU vs MAS
of kos la MU menang
3-2 tp mcm xcayer
hebat sgt ke MAS main?
no komen lah sb aku xgi sana

OKeh
kembali kepada cerita aku
pastu p KLCC
jumpa Norsha, Dayah n Faruqi there
jamu perut kat KFC
naik atas ke Kinokuniya
ape lagi...
cam biasa la "novel"
ni novel aku beli ari ni

dat's all
nak layan mata yg ngantuk
opssss silap
layan novel la
chaw!

16.7.09

Trionovel Julai

CINTA UNTUK ELYANA
Harga: RM19.90
Penulis: Misya Darlina
Halaman: 512 ISBN: 978-983-124-439-5
Sinopsis:
HIDUP Elyana sering dihimpit penderitaan tatkala berhadapan dengan insan bernama lelaki. Bapa tiri zalim yang cuba menodainya serta suami yang suka mendera, sering menghantui mimpinya.Elyana berasa lega apabila Murad dipenjarakan atas kesalahan berat. Dia berjaya memohon cerai daripada mahkamah. Dan akhirnya, dia bebas daripada cengkaman lelaki yang tidak pernah menghargainya sebagai isteri.Bekerja di sebuah hotel dapat mengisi kekosongan diri serta dapat menampung hidup bersama anak gadisnya, Nur Amira. Namun, dalam meniti kebebasan itu, Tan Sri Khalid hadir untuk mengisi ruang hati perempuannya.Elyana takut pisang berbuah dua kali. Baginya, lelaki semuanya sama. Namun, tidak bagi Tan Sri Khalid. Dia yang kematian isteri benar-benar ikhlas mahu menjadikan Elyana suri di dalam hidupnya.Elyana keliru membuat keputusan. Apa kata Nur Amira yang tidak tahu mengenai lamaran itu? Dapatkah dia menerima Tan Sri Khalid sebagai bapa tirinya sedangkan hidup bersama Murad dahulu, hidupnya turut tidak aman?

UCAPKAN KAU RINDU
Penulis: Murni Aqila
Halaman: 512 Harga: RM19.90 ISBN: 978-983-124-444-9
Sinopsis:
HATI Lailana berbunga rindu kala Adham meluahkan rasa cintanya. Itulah saatnya roboh benteng perasaan gadis itu yang selama ini menyimpan amarah terhadap insan bergelar lelaki. Seiring restu keluarga, mereka mula menganyam impian untuk hidup bersama. Entah mengapa, menghampiri hari bahagia yang dinanti, Lailana mula menjauhkan diri. Dia sengaja menjalin kasih dengan Irfan. Walhal, dia sedar hati Adham pasti tercalar. Tidak sanggup berhadapan kemarahan keluarga akibat tindakannya itu, Lailana nekad untuk menghilangkan diri.Adham terkedu dengan segala yang terjadi. Di saat dia cuba mencari jawapan, keluarga Lailana menyerahkan sepucuk warkah yang merungkai segala rahsia silam gadis itu. Coretan kebenaran itu mendorong dia menjejaki Lailana agar kembali kepadanya. namun, ke manakah harus dia mencari cintanya yang telah hilang?

BILA ADA RINDU
Penulis: Emma Maizura
Halaman: 512 Harga: RM19.90 ISBN: 978-983-124-437-1
Sinopsis:
HIDUP Nur Dalyla dipayungi bahagia apatah lagi menjadi anak kesayangan keluarga. Ke mana pergi, dengan siapa dia berkawan sering menjadi perhatian orang tuanya sehingga dia digelar anak manja. Walaupun kadangkala rasa terkongkong dengan situasi itu, namun dia akur kasih sayang ibunya melebihi segala.Namun, siapa sangka di sebalik kegembiraan dan kesempurnaan itu, rupa-rupanya ada cerita duka yang terbongkar. Gelaran anak angkat yang berstatus luar nikah ibarat bumi menghempap kepala. Sekelip mata, segalaimpian ranap begitu sahaja. Dalyla kehilangan punca.Saat hati dihurung kecewa, muncul Eriel untuk menyembuh luka. Namun, bila kisah hitamnya diketahui, sang arjuna pergi tanpa sebarang pesan. Hati Dalyla merintih.Awan hitam seolah-olah melitupi segenap dunianya. Mungkinkah ada sinar mentari pada esok hari?


++aku pasti beli : Bila Ada Rindu++

sumber: Alaf 21

p/s wat bes fwen

Jika seseorang telah hadir dan menjadi sebahagian daripada hidup kita...
tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi...
janganlah terlalu sedih...
terimalah kenyataan itu...
kerana sekurang- kurangnya...
dia pernah membahagiakan kita...

Masa akan menentukan segala-galanya...
jika dia benar-benar ditakdirkan bersama kita...
dia akan kembali...
kembali pada kita suatu hari nanti...
dan menjadi milik kita yang abadi...

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari...
Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti...
Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang itu pada kita...

Jangan jadi lemah hanya kerana seorang lelaki...
Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita...
Jangan terus menangisi apa yang telah terjadi...
Kerana takdir kita di tangan Yang Maha Esa...

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,
"Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya."
"Siapa kamu pula?”
Jawab titis air mata kedua tu,
"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.

++ Rasa kasih, sayang dan cinta bukan satu perjudian untuk menentukan menang atau kalah tapi ia adalah ikatan hati yang menentukan nilai satu perhubungan, kesetiaan dan ketulusan++


mulakan sem 1 09/10

agak boring semalam
bangun pagi
pegi kelas
balik kul 3.30pm
xde wat apa
hiiii
nyesal xbawak novel

nak layan movie pun
cam dah boring
semalam da abes tgk
Dari Mata Arisa
kelakar gak citer tu
boleh la buat aku
ulang tayang part2 yg menarik

persoalanku
ada ke lelaki cam Akif Zamani skang?
macam dah pupus la pulak
niway
congrats to Bikash n the director

weekend ni
nak kuar
1st plan nak kuar ngan Juju n Yiyin
depa berdua nak p Sogo
tapi nak ubah plan ar
nak kuar ari Sabtu lak
ngan Ina n Nat
p beli 'barang dapur'
xkan nak beli kat Sogo kot
huhuhu

saya nak beli novel!
Hanya Dia Tahu karya Aleeya Aneesa (da lama cari!)
tapi kalo xde jugak
xkira la tajuk apa
yg pasti saya kena wat balik novel
dah macam otak kambing ni
xbaca apa2 kat bilik

xleh beli byk2 novel
kena berjimat cermat
nak wat beli baju raya lagi ni
hehehehehe

13.7.09

new life + dari mata arisa

dah start new sem
so aku dah sem ke-4
kat UIA kesayangan
hihihi
xsabar nak grad then nak keje

skang aku agak susah
huhuhu
broadband tercinta xde
adik aku pinjam
online kat cc sang ni
tension tol
boring jer kat bilik
broadband
i really need u
hwaaaaaaa
sepanjang hari ni
aku cuma layan citer
"Dari mata arisa (DMA)"
cerita yg di adaptasi
dari novel

ni la barisan pelakon DMA
ni pulak
kat tengah tu la
penulis novel Kau Sayangku
Bikash Nur Idris

dari mata aku pulak
citer ni lain dari novel
apapun
tetap menarik
boleh la 4*


++mood xbrape OK. Sakit gigi!!!



11.7.09

start new sem

tomorrow!!
kembali ke dunia kampus
pepagi besok
reg kat UIA
kejap jer bcuti
adik aku pun ikut aku sama
pastu ptg2 ckit
aku antar dia kat UM
tahun ni
ade owang tolong angkut brg2 aku
thanks bebe!!

Sogo ngah ada sales skang!!!!
Bila ptptn nak masyuk??

10.7.09

Kuatkan daya ingatan

Sebenarnye hari ni saya nak berkongsi sedikit tips bagaimana ingin menguatkan daya ingatan. Sekarang ni banyak orang dah jadi pelupa, termasuklah saya..hehe. Banyak makan semut agaknye. Tips2 berikut mungkin berguna bagi anda...

1. Rajin2 membaca al-Quran ( utk yang beragama islam )
2. Sentiasa mengawal tekanan
3. Banyak melakukan senaman seperti berjalan kaki. Juga bagus utk kesihatan anda.
4. Belajar sesuatu yang baru
Cth : sentiasa menghadiri kursus kemahiran @ ceramah motivasi
5. Bermain permainan yang mencabar minda
Cth : catur, scrabble, monopoly, playstation
6. Banyak membaca buku2 ilmiah dan yang menambahkan ilmu pengetahuan
7. Sentiasa fokus kepada sesuatu perkara shj
8. Akhir sekali sentiasa mengasah minda dgn bermain dengan angka @ teka silangkata

Sekian sahaja coretan saya utk kali ini.
Renung2kan dan selamat beramal ye! (eh2, cam profesor izzi hj ali la pulak..)

lenguh kaki

mana xlenguh
jalan je dari pagi td
awal pagi da kuar
koz nak antar adik aku kat UM

semalam
sampai KL da kul 5.30p.m
pastu check in kat City Villa
kul 6.00p.m
p amik adik aku
sesat!!!
chow kit ke petaling jaya
ambil masa 2 jam 30 minit
penat xyah cakap laa

ari ni lak
sesat kat dalam UM
adik aku punyer pasal
kat u sendiri pun sesat
ape ar

xnak dah taip panjang2
nak tido
malam ni nak kuar lak
p makan umah kawan Kak Na
Cik Udin kita tu..
Terima kasih daun keladi

malam ni
xley tgk Nur Kasih!!!
hwaaaaaaaa


8.7.09

jumpa adik

yes
esok aku naik KL
awal?
hehehe
koz ari Jumaat nak jumpa adikku
pastu lepak2 ngan dia
mama aku da windu
then
ari Ahad
baru diaorang balik Kelate
aku pulak?
angkut la barang2
bwk masuk bilik baru...

6.7.09

result + jalan2

esok
result tuk short sem
akan kuar

esok jugak
aku nak naik kemaman
antor mak aku

waduh-waduh
bikin gamat sih
gi mana ni?

hari Khamis ni
naik KL lak
nampaknya aku bertuah
kali ni aku di hantar lagi
like last year
hehehe

Bebe, mama, kakna
norsha pun tumpang skali
hantar aku
sebab nak jumpa adik aku jugak

ari Jumaat tu
p amik adik aku
selesaikan urusan ptptn

ari Sabtu
pusing2 KL
lepak-lepak kat hotel
mesti bmalam kat chowkit!
best gak kat ctu
KL la katakan
dekat ngan kedai mamak
pastu ada pasar malam
kemudahan teramat sangat la banyak

ari ahad
hantar aku kat UIA
barang aku punyer la banyak
ni nak tmbah kotak lagi
sape nak punggah?
hwaaaaa


5.7.09

tag Dikdah

1. apakah hubungan anda dengan dia(merujuk kepada pemberi tag)?
++rakan sekuliah ICT (skema dowh jawapan!)

2. 5 impression terhadap dia?
++pendiam (sblum kenal la)
++xramai kawan (sb slalu bkepit ngan atie je)
++funny
++baik
++dah berpunyer kot

3. perkara yang paling memorable dia lakukan kepada awak?
++xde maknanya ko midah

4. perkara yang paling memorable dia katakan pada awak?
++ecah comel (kan? kan?..heheh)

5. kalau dia kekasih awak?
++maknanya saya ni lelaki la

6. kalau dia jadi musuh awak?
++ saya xkasi atie kawan ngan dia!

7. kalau dia kekasih awak, awak akan??
++didik dia ke jalan yg benar (pakai jubah, layan nasyid, slalu tahajud!)

8. kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana
++lepas clash ngan saya (hihihi..td kan jd kekasih)

9. overall impression tentang dia?
++can be a good pren

10. the most desirable thing to do to her/him
++xdok mende eh

11. apakah awak rasa pandangan orang terhadap awak?
++saya baik!

12.apakah sebenarnya perangai anda?
++sporting

13. perangai anda yang anda benci?
++habiskan duit beli novel (tp nak wat camne?)

14. orang yang anda ingin bersama
++family

15. katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda
++susah2 je sukakan saya. Terima kasih la..

16. tag 5 orang
++followerku yg rajin jwb tag
dengan segala hormatnya dipersilakan

4.7.09

baru layan novel

aku da abes baca 2 novel
1- Cerita Cinta (Anis Zainol) - 3 1/2*
2- Ilham Hati (Damya Hanna) - 3 1/4*
kali ni lama sikit nak abiskan
koz sibuk melayan adindaku
nak feeling lebih2 xsempat!

Karya terbaru Damya Hanna
agak tak berkesan (pendapat aku la ni!)
xmacam karya beliau yg terdahulu
Bicara Hati, Sepi Tanpa Cinta n Relaku Menanti (best!)

Cerita Cinta pulak
mcm aku baca karangan
dialog xbanyak sgt
mcm novel lain
kira orait la tu
lain dari yang lain

Hari ni aku beli novel baru lak
xde la baru sgt sbenarnya
cuma aku yg baru beli
novel tu da lama
ni diaaa

sbenarnya aku nak cari
novel aleeya aneesa
Hanya Dia Tahu
tapi xde
dah 3 bookstore aku pegi
Pustaka Johan, PSI n Muda Osman
sumer xde novel tu
ishkkk
ni yg aku sakit hati ni

psssst-->> Ada x sape2 nak kasi pinjam?


3.7.09

sad n happy

hari ni
adik aku kol
huhuhu
semalam
ada pelajar kat
kolej kediaman ke-9 UM
histeria
adik aku nangis
aku pun apa lagi
mestilah
menangis sama
adik aku pun satu hal
slalu je cakap nak balik umah
ishk
ni yg eden xtahan

skang mood aku da OK
koz aku on9
tetiba da jadi fwen Remy Ishak kat facebook
malam ni nak layan Nur Kasih
Remy..
nape i baru kenal u ek?
hensem dowh!

i like this pic! Macho man~

drama bersiri- Nur Kasih (jumaat 9.00pm tv3)

Fizz Fairuz+Dato Jalaluddin Hassan+Remy Ishak

psssttt..watak Aidil mengingatkan saya kepada abang saya "A.L.S"...kuikuikui
A.L.S... kalo saya rindu awak, saya tgk drama ni la. 2x5 je awak ngan Aidil tau!

2.7.09

67 - i love u

1. English - I love you
2. Afrika - Ek het jou life
3. Albania - Te dua
4. Arab - Ana behibak (to male)
5. Arab- Ana behibek (to female)

6. Armenia - Yes kez sirumen
7. Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
8. Bulgaria - Obicham te
9. Kemboja - Soro lahn nhee ah
10. Cina Kantonis - Ngo oiy ney a

11. Croatia - Volim te
12. Czechoslovakia - Miluji te
13. Denmark - Jeg Elsker Dig
14. Belanda - I hou van jou
15. Ethiopia - Afgreki'

16. Iraq - Doset daram
17. Filipina - Mahal Kita
18. Finland - Mina rakastan sinua
19. Perancis - Je t'aime, Je t'adore
20. Jerman - Ich liebe dich

21. Greece - S'agapo
22. Gujarati - Hu tane prem karoo chhoo
23. Hawaii - Aloha wau IA OI
24. Hebrew - Ani ohev otah (to female)
25. Hebrew - Ani ohev et otha (to male)

26 Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hai
27 Hungari - Szeretlek
28 Iceland - E.g. Elska tig
29 Indonesia - Saya cinta padamu
30 Irish - Taim I ngra leat

31 Itali - It amo
32 Japun - Aishiteru
33 Kanada - Naanu ninna preetisuttene
34 Korea - Sarang Heyo
35 Latin - Te amo

36. Latvia - Es tevi miilu
37. Lubnan - Bahibak
38. Lithuania - Tave myliu
39. Melayu - Aku cinta padamu
40. Malayalam - Njan Ninne Premikunnu

41. Mandarin - Wo Ai ni
42. Morocco - Ana moajaba bik
43. Norway - Jeg Elsker Deg
44. Latin - Iay ovlay ouyay
45. Poland- Kocham Ciebie

46. Portugis - Eu te amo
47. Romania - Te ubesk
48. Russia - Ya tebya liubliu
49. Scotland
50. Serbia - Volim te

51. Slovakia - Lu`bim at
52. Spanyol - Te quiero / Te amo
53. Swahili - Ninapenda wewe
54. Sweden - Jag alskar dig
55. Tagalog - Mahal Kita

56. Taiwan - Wa Ga ei li
57. Tahiti- Ua Here Vau Ia Oe
58. Tamil - Nan unnai kathalikaraen
59. Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
60. Thailand - Chan rak khun (to male)

61. Thailand - Phom rak khun (to female)
62. Turkey - Seni Seviyorum
63. Ukrain - Ya tebe kahayu
64. Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
65. Vietnam - Anh ye^u em (to female)

66. Vietnam - Em ye^u anh (to male)
67. Welsh - 'Rwy'n dy garu

sumber: SINI

1.7.09

Manfaat vs bahaya web sosial

“Tolong sahkan kehadiran anda (please confirm your attendence). Jangan lupa add aku dalam Facebook kau Man! Nanti aku update tru BlackBerry,” itu antara dialog yang biasa kita dengar atau baca setiap kali pembaca melayari laman web sosial yang semakin mendapat tempat pada zaman serba canggih ini.

Berjumpa secara online kini sudah menjadi kegilaan baru kepada pengguna Internet tidak kira tempat, malah senario itu dapat dilihat di merata tempat yang menyediakan sambungan Internet tanpa wayar (WiFi) secara percuma khususnya di kafe atau restoran, termasuk restoran makanan segera.

Ia berbeza berbanding 10 atau lima tahun dahulu membabitkan pertemuan lebih khusus di telefon, menghantar SMS atau bersembang maya.

Sekarang, pertemuan hanya di depan komputer atau di hujung jari menerusi telefon bimbit.

Tidak hairanlah di kafe atau restoran menjadi ‘port’ kegilaan baru kepada segelintir remaja mahupun pemilik komputer riba menghabiskan masa berjam-jam setiap hari sama ada melayari laman web atau laman web sosial.

Bagi mereka yang lebih gemar ‘lepak’ di rumah, untuk mendapat capaian Internet sungguh mudah dengan hanya membeli broadband (Internet jalur lebar) yang kini berlambak ditawarkan syarikat telekomunikasi menerusi pelbagai pakej menarik.

Sungguh mudah, namun persoalannya, sejauh manakah kewujudan laman web sosial ini memberi kesan kepada kehidupan seharian kita?

Jika bijak digunakan, ia mampu memberi manfaat dari segi menambah rakan mahupun mencari kenalan lama yang sudah terpisah dan bertukar pandangan mengenai sesuatu topik untuk menghilangkan kebosanan.

Ada yang beranggapan, menghadap komputer terlalu lama menyebabkan seseorang itu tidak mengeluarkan peluh atau melakukan aktiviti bersenam seperti kebiasaan dilakukan setiap petang atau hujung minggu akibat terlalu asyik melayari Internet.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada persepsi atau niat seseorang itu kerana jika dilihat sejak kebelakangan ini, ada yang mahu menggunakan laman web sosial sebagai tempat mencari jodoh, membuat jemputan perkahwinan menerusi rakan kenalan dengan beranggapan lebih menjimatkan belanja daripada menghantar kad perkahwinan mahupun jemputan sesuatu majlis atau acara.

Pertemuan demi pertemuan di laman sembang mampu diatur tidak kira seseorang kenalan itu berada jauh beribu batu.

Ada yang menggunakan platform itu untuk mengawasi anak mereka yang sedang belajar di perantauan.

Pada zaman serba canggih ini, pelbagai laman web sosial dibina seperti Facebook, Friendster, MySpace, Bebo atau Hi5.

Jika diimbas sejarah kewujudan beberapa laman web sosial misalnya Facebook diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh bekas pelajar Sekolah Tinggi Ardsley dan Universiti Harvard pada 2006, Mark Zuckerberg.

Pada asalnya, keahlian hanya dibuka kepada mahasiswa Kolej Harvard, namun ia diperluaskan ke sekolah sekitar kawasan Boston termasuk Kolej Boston, Universiti Boston, Universiti Harvard, Universiti Northeastern, Universiti Tufts, Rochester, Stanford, NYU, Northwestern dan banyak lagi dalam masa dua bulan.

Akhirnya, pengguna yang memiliki alamat e-mel universiti (misalnya ‘.edu’ di bahagian belakang) seluruh dunia layak menyertai Facebook ini.

Friendster pula ditubuhkan di Mountain View, California oleh Jonathan Abrams pada 2002 yang menjadikan laman web sosial itu kini memiliki lebih 70 juta ahli seluruh dunia dengan memberi tumpuan membantu pengguna terus berhubung bersama rakan.

Sementara itu, MySpace yang beribu pejabat di Beverly Hill, California, Amerika Syarikat adalah lanjutan sebahagian kisah Friendster tetapi mempunyai tujuan sama.

Satu lagi laman web sosial kian meningkat ialah Hi5 dihasilkan Ramu Yalamanchi pada 2003, masih cuba menembusi penguasaan Facebook, Friendster atau MySpace dengan pendaftaran lebih satu juta ahli sehingga April 2008.

Perkhidmatan laman web sosial boleh dianggap menumpukan rangkaian sosial untuk satu komuniti yang berkongsi hobi, aktiviti atau kisah peribadi orang lain.

Kebanyakan laman web sosial berasaskan Web 2.0 menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog dan kumpulan perbincangan.

Laman web sosial memiliki pelbagai aplikasi yang bukan saja berfungsi sebagai hiburan semata-mata tetapi jika digunakan secara bijak dapat membantu dari segi meningkatkan prestasi pelajaran, amat berguna kepada pelajar yang tinggal jauh dari bandar untuk berkomunikasi dengan rakan mahupun guru.

Berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada data Google, kira-kira 12 rangkaian sosial mendapat tempat di kalangan pengguna seluruh dunia.

Pengarah Hubungan Korporat dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Mohammed Zain Nordin, berkata Facebook misalnya satu bentuk medium sosial media kerana lebih menghubungkan seseorang secara santai yang mungkin bertebaran jauh, merentas benua menerusi platform Internet.

Beliau berkata, menerusi laman sembang itu, seseorang pengguna boleh meluahkan perasaan atau pandangan menerusinya dan pada masa sama sebagai platform untuk memperkenalkan diri dan menggambarkan identitinya yang sebenar.

“Namun, kita perlu berhati-hati ketika mendedahkan maklumat di laman sembang kerana Facebook dan laman sembang lain juga pernah dikaitkan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat satu ketika dahulu.

“Kita bimbang jika ada pengguna Facebook yang menyalahgunakan maklumat atau profil seseorang untuk tujuan tertentu dengan menjual maklumat itu kepada syarikat tertentu kerana dalam banyak keadaan, tidak ada mana-mana sistem yang dijamin selamat,” katanya.

Beliau berpendapat, maklumat atau profil peribadi yang disimpan dalam laman sembang itu boleh digunakan sesiapa saja termasuk menghantar virus atau spam menerusi e-mel kerana menerusi Internet, seseorang itu boleh menjadi sesiapa saja tanpa perlu menyalurkan maklumat sebenar.

“Jika di akhbar, editor memainkan peranan sebagai ‘gatekeeper’ dengan menapis setiap berita yang akan disiarkan tetapi sebagai pengguna Facebook, kita sendiri perlu menjadi penapis kepada semua maklumat yang mahu disiarkan.

“Tidak semua pengguna laman sembang yang mahu mendedahkan identiti sebenar dan mereka dilihat lebih selesa menggunakan nama samaran bagi tujuan keseronokan semata-mata,” katanya sambil mengakui perkembangan era digital atau Internet kini semakin berkembang dengan pantas dan sentiasa berubah setiap masa.

Di sebalik kewujudan laman web sosial ini, di Indonesia misalnya, ulamanya membenarkan umat Islam memanfaatkan Facebook untuk menambah kenalan atau bekerja tetapi mengharamkannya bagi tujuan menggatal dan bergosip.

Walau apapun tanggapan masyarakat mengenai perkara ini, syarikat telekomunikasi di negara ini terus berlumba-lumba memperkenalkan telefon bimbit serba canggih kepada pengguna yang sanggup berbelanja lebih untuk mendapat capaian Internet lebih mudah.

Kewujudan telefon pintar BlackBerry misalnya mendapat permintaan tinggi berikutan aplikasi multimedia dan capaian Internet lebih pantas, malah boleh melayari laman web sosial popular Facebook, Myspace dan Flickr hanya di tapak tangan.

sumber di sini