13.11.09

Review Novel Yang Sebenarnya -Aisya Sofea

Sangat menarik! Sempoi + santai + rileks + kelakar + romantic + serius semua ada lah. Giler best! Novel Aisya Sofea memang betul-betul mantap lah. She’s the best one ~TERBAIK!

Cerita Yang Sebenarnya mengisahkan Nazirah, Dhiya dan Abang Eddie. Abang Eddie ni jatuh cinta dengan Nazirah iaitu kakak kepada Dhiya tetapi Nazirah langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan pada si Eddie. Duda beranak dua iaitu Encik Ghaus jugak yang Nazirah nak. Lepas majlis perkahwinan Nazirah, si Eddie membawa diri ke luar Negara konon nak sambung belajar. Biasalah tu, kalau yang hantu novel dah boleh agak dah sebab alasan macam ni selalu sangat dah.

Pada permulaan cerita ni, saya asyik tergelak jer sorang-sorang. Why? Sebab terasa lucu ngan watak mak Dhiya and Nazirah ni. Kerjanya asyik membebel, pastu kata-kata pulak fuyoooo agak pedas lah. Duk terbayang, saya bila tua nanti macam ni ke? sebab dalam family saya, saya yang paling suka membebel + tak boleh terima bila orang tak dengar kata saya + semua orang kena ikut kata saya! (korang jgn tiru prngai mcm ni sb sgt xbaik utk kesihatan!) berbalik kepada cerita asal, mana mak tak mengamuk kalau anak tak dengar kata kan? Pastu anak perempuan nak jadi driver van sekolah. Tak ke haru si emak tu? dah la nak jadi driver, pergi beli pula van terpakai. Nak kena repair macam-macam. Mestilah membebel. Kalau saya pun mestilah potpet2 dulu sebelum memberi restu.

Nazirah ni akhirnya bercerai dengan suami sebab tak pernah bahagia selama 6 tahun. Si duda tu hanya mempergunakan Nazirah untuk kepentingan sendiri sahaja. Lepas tu, muncul watak Ahmad sebagai pekerja di bengkel yang Dhiya repair van. Ahmad ni baru kematian isteri dua bulan lalu dan mempunyai seorang anak kecil. Dhiya pula terlebih baik hati, ingin membantu. Bawa balik anak Ahmad iaitu Fauzan ke rumah. Macam dah boleh agak, si Nazirah ni dengan Ahmad. Ternyata “agakan” saya sangat tepat!

Si Dhiya ni selalu ber yahoo messenger dengan Eddie. Sedikit-sedikit Eddie berjaya melupakan semua tentang Nazirah. Semua pasal diri Dhiya mesti Eddie tahu. Pasal perancangan nak jadi driver pun Eddie tahu. Dah elok-elok kerja driver, paklong Dhiya minta tolong kerja di syarikatnya. Mula-mula tak nak, pastu bila dah bapa saudara sendiri call, suara ala-ala merayu mestilah setuju. Tak sampai hati nak tolak. Tapi dia Cuma kerja sementara sahaja. Bila dah ada orang isi jawatan tu, dia quit. Dan Dhiya tak nak pekerja lain tahu yang dia ni ada anak saudara kepada paklongnya. Kerja kejap Eddie pun balik. Tang ni tak suka sikit, sebab si Eddie ni ada penyakit hormon yang tak berapa nak stabil. Apa lah, sikit-sikit marah padahal hati dia yang gundah gulana. Tak boleh tengok Dhiya buat silap sikit, asyik nak marah je. Naik geram pun ada. Macam nak ketuk kepala dia!

Dah jumpa part yang Muzri post kat facebook 3@4 hari lepas. Rupanya masa tu Dhiya nak jatuh ke dalam laut. Si Nuryn punya pasal. Perasan je lebih minah ni konon Eddie tu pakwe dia. Hahahahaaa tapi tak boleh jugak salahkan dia sebab si Eddie ni kadang-kadang mempergunakan Nuryn untuk buat Dhiya cemburu. Apapun, lelaki yang bersalah! Sangat tak suka! Indah je bila baca babak yang lepas si Dhiya ni jatuh. Comel! Romantic! “abang tetap pegang tangan Dhiya supaya Dhiya tak pergi jauh lagi dari abang.” (oh soo sweet)

Nuryn ni juga buat kacau time Nazirah kahwin sebab dia ingat Eddie dan Dhiya yang kahwin. Datang walau tak di undang. Tapi itulah, bila dah cinta kadang kala manusia boleh bertindak macam tak guna akal. Masa tu Dhiya dengan Eddie jadi pengapit. Si Eddie ni selalu buat hal. Ajak pergi ambil tak boleh sebab busy. Pastu bila dia free, pukul 4am call Dhiya. Ape tu? tak adillah namanya. Dia perlukan Dhiya untuk menemaninya tapi dia tiada bila Dhiya memerlukan. Bila Dhiya minta putus, boleh pulak jawab “ok,fine. Kalau nak putus, suka hati Dhiyalah.” Aiiii memang nak kena la mamat ni.

Lepas si Nuryn pulang, family semua nak dengar penjelasan dari Eddie dan Dhiya. Suka part ni. Lawak ah!

“Memang Eddie dengan Dhiya rapat.” -Eddie

“Rapat yang macam mana?” –mak Eddie

“Rapat.”- Eddie

“Iyelah, rapat yang macam mana?” –mak Dhiya

“Hmm…rapatlah” -Eddie

“Hisy… budak ni. Kita tanya dia, jawapan tu juga dia bagi balik kat kita. Mak lang tanya rapat yang macam mana? Rapat adik dengan abang? Rapat kawan baik? Rapat girlfriend dengan boyfriend? Hah, yang mana satu punya rapat?” –mak Dhiya

“Yang sebenarnya…..” –Eddie

“Yang sebenarnya….. Eddie nak Dhiya jadi isteri Eddie.” –Eddie

“Tapi malam semalam Dhiya minta putus” –Eddie tak ke ngop si Eddie tu. skema berterus terang!

Apa yang pasti, muka surat 499 sangat best. Aisya Sofea kalau tulis novel, mesti lelaki tu jadi lelaki idaman hati setiap wanita. Masalahnya, ada ke lelaki yang macam tu? hwaaaaa TAK ADA

“Pernah tak abang beritahu yang abang sayangkan isteri abang lebih dari nyawa abang sendiri? Abang tak mahu isteri abang sekali-kali mempertikaikan perasaan abang pada dia. Bagaimana suka sekalipun hidup kita suatu hari nanti, abang takkan sekali-kali melangkah ke belakang da mengeluh. Isteri abang nyawa abang, kekuatan abang dan hidup abang, tiada orang yang berhak di hati abang selain dari isteri abang ni”

“I love you, Dhiya. Selagi abang bernyawa, Dhiya tetap wanita yang abang paling sayang, dunia dan akhirat”

-I love you too, abang. (Harap maklum, yang ni tiada dalam novel Yang Sebenarnya.)

Akhirnya....

Saya berjaya khatam novel Yang Sebenarnya. Uishhhh memang berani matilah, revision period berjaya khatam novel. Heheheheheeee kalau dah minat tu, nak buat macam mana kan. Kebetulan keluar beli tiket untuk balik kampong, terbeli pulak novel;-)

klik Sinopsis Yang Sebenarnya

finger note: ini celoteh saya untuk dikongsi bersama peminat novel.
Yang pasti, tak menyesal kalau beli..4 1/2*.
(Fuad tetap the bestlah!)

2 comments:

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

cerita yang sangat menarik

Anne said...

Assalamualaikum w.b.t
tinggal jejak...he3
dah baca novel nie best gilo..he3
keep up good work with love novel:))
thank u