21.10.09

Review Kemilau Mutiara Raudhah

Judul: Kemilau Mutiara Raudhah
Penulis: Saidatul Saffaa
Harga: RM22.00

Kerana pasir, terbentuknya mutiara. Kerana tanah, lahirnya manusia.

Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan. Kembara hati dalam jiwa hamba. Kembara daripada hina kepada mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.

Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.

Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami

Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?

*****

Pendapat saya:

Ini kali kedua saya baca novel gaya ala-ala Islamic selepas novel Ayat-ayat Cinta. Apa yang pasti, novel kali ini pun menarik. Saya suka cerita ni. Agak berlainan dari yang novel biasa. Enjoy je bila membacanya. Tak ada lah nak feeling lebih2.

Novel ni lebih berkisar kepada perjuangan umat Islam. Macam tu lah lebih kurang. Raudhah ni budak baik, Jack pulak dengan gaya hidup moden tapi mulai berubah. Banyak gak ayat yang leh buat saya tersengih depan novel ni, antaranya "Budak sekolah agama baca kitab" dan "tudung besar gedabak"

Suka juga part Jack jumpa Rina..
Jack: I nak tanya you... selama ni you beli jewellary kat tepi jalan ke kat dalam kedai?
Rina: Kat dalam kedai la!
Jack: Kenapa tak beli yang tepi jalan?
Rina: Of course sebab kualiti...
Jack: That's how men choose their wives. Quality....

So, wahai perempuan jaga maruah OK? Jangan terlalu murah!

Sesiapa yang minat novel Islamic tu, tak menyesal lah kalau beli novel ni. Saya kasi 4*!

"You are my past, my present and my future. Macam mana saya nak lupa?"-Raudhah

"Dalam banyak2 bidadari syurga nanti, bidadari bernama Raudhah bt Ahmad tetap yang tercantik di hati saya."- Izzat

congrats to da writer
-Saidatul Saffa-
for the good job!

1 comment:

miss-saffaa said...

terima kasih untuk review~