16.7.09

p/s wat bes fwen

Jika seseorang telah hadir dan menjadi sebahagian daripada hidup kita...
tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi...
janganlah terlalu sedih...
terimalah kenyataan itu...
kerana sekurang- kurangnya...
dia pernah membahagiakan kita...

Masa akan menentukan segala-galanya...
jika dia benar-benar ditakdirkan bersama kita...
dia akan kembali...
kembali pada kita suatu hari nanti...
dan menjadi milik kita yang abadi...

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari...
Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti...
Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang itu pada kita...

Jangan jadi lemah hanya kerana seorang lelaki...
Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita...
Jangan terus menangisi apa yang telah terjadi...
Kerana takdir kita di tangan Yang Maha Esa...

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,
"Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya."
"Siapa kamu pula?”
Jawab titis air mata kedua tu,
"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.

++ Rasa kasih, sayang dan cinta bukan satu perjudian untuk menentukan menang atau kalah tapi ia adalah ikatan hati yang menentukan nilai satu perhubungan, kesetiaan dan ketulusan++


1 comment:

idanirha said...

tak..
aku ske post mu ni..
hehehe...
btol kte2 dalam post mu tu...
;)