30.5.09

Novel baru!

skali lagi jumpa novel baru! Konpem aku beli sb aku suka baca novel dr penulis ni. Novel eka fahara yang ke-3 aku agak terpikat. So, style aku, kalo dah satu novel penulis tu aku suka, aku akan terus dapatkan novel2 beliau yang terdahulu. Kabus Kasih, Nilai Cintamu dan Belaian Jiwa ketiga-tiga novel ni aku ada.

Aku paling suka cerita Belaian Jiwa
Kisah cinta Eisya dan Fizi. Fizi sayang giler kat eisya, tapi dapat tentangan dr mak fizi. Tup2 depa kawin senyap2. hah! Tu lah, xkasi sangat, owang dah jatuh cinta tahap gaban. Mak fizi xsuka eisya sb eisya dia xtahu keturunan n sebata kara. actually not! Eisya tu melarikan diri masa hari pernikahan sb dia xnak kawin ngan sepupu yang dianggap abang. Bila dah kawin ngan fizi, mak fizi lak wat hal. Tetiba kat majlis kahwin kakak fizi, diumumnya konon Fizi bertunang ngan Dalila. Time tu eisya da pregnant. 2 kejutan dalam masa yang sama. Kat majlis tu jugak dia terserempak dengan sepupunya. Kesian dia dowh! Nak tahu lagi? Aku suka watak fizi, dia betul2 sayangkan eisya. ermm..malas dah aku nak taip panjang2, yang pasti citer tu sangat best! Lain dari yang lain. Tak rugi kalo kowang beli tau.

Niway, nampak gayanya aku kena kuar survey da ada ke belum novel "Jawapan Yang Pasti" kat pasaran. Rasanya dah ada kot. Insya Allah..

sinopsis: ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hubungan pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafikan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.
Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar akibat daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu.
Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hatinya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi?

No comments: