9.5.09

Hari Ibu

Teristimewa buat 2 insan yang amat bermakna dalam hidupku:

MAKPernah aku merajuk
Katanya aku manja
Pernah aku melawan
Katanya aku degil
Pernah aku menangis
Katanya aku lemah
Pernah aku ditegur
Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarah
Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu
Katanya supaya aku pandai
MAK...Kaulah ibu kaulah ayah
Terima kasih kerana melahirkan diri ini

MAMA
Setiap kali aku tersilap
Dia hukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat
Bila aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan
MAMA...Terima kasih kerana mendidikku

MAK & MAMA
Dia senyum bila aku senyum
Dia ketawa bila aku ketawa
Namun…..
Tidak pernah aku lihat air mata dukamu
Mengalir di pipimu
Begitu kuatnya dirimu….
Aku sayang kalian berdua…..

Tuhanku….
Aku bermohon padaMu
Sejahterakanlah mereka
Selamanya…..

Selamat hari ibu buat semua insan bergelar ibu. Buat mak n mama lak, tahun ni aku bagi kad je. Nak wat camne, duk jauh. Kad tu aku pos ari khamis. Sempat ke sampai? xkisah lah, at least ade gak tanda ingatan...

No comments: