25.4.09

WonDeRFuL JouRNeY

Jalan2 p KL. Indah n menyeronokkan! Kalo jalan2 mana xbest. Iye tak? Pagi khamis bertolak, petang jumaat terus balik. Kejap je. Lagipun, bukan urusan aku naik KL tu. Kakna punyer keje. Aku ape lagi, tumpang 2kaki la. Leh sggah UIA, amik barang2 yang aku xlarat nak wat balik umah ari tu. B4 aku bertolak, dapat berita xbrape elok. Kaknini jatuh, tergelincir kat toilet d stsn minyak. Waduh2, kesian lak kat mami nak kena jaga Ecah n Kaknini yang sakit. Mama xmo pegi, tp mami cakap xpe je. So, pagi2 kitaowang p amik Kakna kat Tanjung Mas, peluk2 Ecah dulu. Budak ni demam lor..


Bertolak kul 10a.m dr umah. Sampai KL lebih kureng kul 6p.m. Sggah UIA jap, beli teh ais. Pastu carik hotel murah2. Ni la hotel kecik yg jd tempat kitaowang bermaustautin utk semalaman. Sempit! xselesa langsung!

++city park hotel++
++abg hotel kat lobi, sorry bang! curik gmbor ye++

Malam lak, tggu kawan Kakna datang. Makan free beb! Cik Udin tu baik hati. Nak belanja owang kelate makan. Tggu Cik Udin ni pun lama, tapi makan free punyer pasal, aku xkisah! heheh. Bebe n mama sampai tertido. Aku rileks je, tgk TV. Kul 9 lebih Cik Udin n his wife, Kak Wan (kalo xsalah) sampai. Perut pun da bebunyik mintak di isi...ngah tggu tu, sempat ag kitaowang posing kat lobi.
++Kakna waiting 4 Cik Udin++

++Posing time perut kosong++

Makan kat food court yg bhampiran ngan hotel je. xleh g jauh2, mama xlarat nak jalan. Nak p ngan keta, parking lak xcukup. Ape punyer kelas la hotel ni. Location da OK, tp service cam xbrape elok. Parking pun ckup2 je. Yang pasti, makanan xsedap la kat situ. Nama restoran tu, Adam Food. Service 4 customer pun xelok! Amik order bukan main lagi, tp bila anta order langsung cam sewel. Ko baru wat bisnes ke? Order nasik goreng biasa n telur mata. Yang aku geram, sampai nasik goreng je. Ingatkan lupa nak taruk. Upenye, dah nak abes nasik separuh, telur baru sampai. Ape punyer restoran la. Lain kali konpem aku xmasuk dah kedai tu! Kalo masakan sedap, layanan xbrape bagus, kira orait la... ni makanan Hampeh! aku masak lagi sedap tau? Nasib baik owang belanja, nak xnak terpaksa telan. Kalo aku yg beli, konpem aku xkan habeskan makan tu. Papepun, terisilah jugak perut aku ni.

++Dah kenyang weh++

Pepagi ari jumaat, da kuar. P kat pejabat lawyer utk selesaikan urusan Kakna tu. Punctual tul la Cik Udin ni. Tepat2 8.30am muka dia da ade kat depan hotel. i tabik u!

Kitaowang amik sarapan kat kedai owang kelate. Makanan xusah cakap la. Sah2 sedap. Kena ngan selera aku yg agak ke arah "kekampungan n kemelayuan" ini.

Kakna n Cik Udin je yg naik kat pejabat lawyer tu. Aku, ema, mama n bebe tggu kat keta je...
++lamanyer..ponat eden berdiri++

++part yang agak cantik!++

++bebe, mama n ema++

++comel lote berbaju kurung++

Selesai je urusan Kakna, terus balik hotel. Kemas2 barang n check out. Sggah chow kit jap, beli kek. Pastu balik.
++Last posing kat hotel++

Ni part yg sedih sikit. On the way nak balik tu, Tetiba aku sakit kepala, badan jd panas. Demam mengejut! Nasib baik dah nak balik....sedih tau! xenjoy sangat kat dalam keta. Kitaowang sggah umah mak kat ceneh. Aku ajat nak bermalam kat sana. Tapi disebabkan keadaan xmengizinkan, aku balik KB gak. Dapat jenguk mak n adik2 kejap pun jadilah.

++Achik n Fir++

++Ni la mak n adik2 tiri yg dah mcm adik2 betul++

Ujan lebat sgt2 time kat umah mak. Kilat lagi! Tapi dah lewat, terpaksa la meredah hujan. Kul 6p.m bertolak dr umah mak. Dalam perjalanan tu, kena tahan polis. Tengah2 hutan pun ade road block ka? Aku kat seat depan rilek je....yg duk blakang agak kesian la. Nak kena tarik seat belt. Mama kat tengah lagi lah haru. Papepun, kitaowang pandai berlakon. Tarik je, ape susah? Cik abang polis tu cakap bagus...hehehhe pastu kitaowang gelak sguh2! Kesian cik abang polis tu tertipu...

Sggah semayang kat masjid Permaisuri. Masjid yang selalu kitaowang sggah kalo balik umah Tok Ayah. Skang dah jarang balik, balik pun nak jumpa sape. Tok Ayah dah meninggal. Kat masjid ni, something yg aku agak pelik berlaku. Lagipun dah lewat malam, masjid lak kat atas bukit, paham2 je lah. Aku tido time sampai kat masjid tu. Mama kejutkan, tanya nak tggu kat keta ke? aku jawab ye. Tetiba aku dengar bising suara2 yg aku kenal. Mama, ema n Kakna. Upenye ade lipan besar kat dalam toilet...Aku turun ar dr keta, knon2 nak p jenguk ape yg berlaku. pastu, ade sowang makcik masuk tya kitaowang..
makcik-"beg sape ni?"
ema-"bukan beg kitaowang. Kitaowang masuk, beg dah ade kat sini. xtaula kot2 beg owang yg kat dalam toilet tu"
Yang aku hairan, masa nak masuk toilet tu sebenarnya..semua lampu tertutup. xkan ade owang kat toilet tu,xkan diowang 'buang' dalam keadaan gelap? Lampu sumer tertutup! Tapi air kat dalam toilet tu, bunyinyer cam owang ngah guna. Lipan yg kitaowang jumpa pun, besar dr lipan biasa. Masjid tu dah banyak kali kitaowang sggah. Ari tu jumpa ular kat masjid tu jugak. Berbalik citer sal lipan tu, mama aku bgtau la makcik yg masuk tanyakan sal beg td. Tapi makcik tu langsung xkasi respon. Buat bodoh jer...Aku geram sangat kat makcik tu, last2 aku ajak mama kuar. Adik aku toksah cakap la, dah nangis!

Then, dah siap amik air semayang sumer, nak p tmpat solat wanita. Aku lak terkejut ngan sowang nenek yg dah bongkok. Tanya aku, ada nampak x sowang perempuan. Kat dalam hati.."dia ni orang ke x? nak jwb ke x?" Aku decide xmo jawab. Aku jalan je kat depan nenek tua tu, buat2 xnampak. Pastu sggah sowang Abang Haji, tanyakan wife dia kat nenek tu. Sah!! Nenek tu orang! kesian lak aku xjawab bila dia tya aku td. Aku pun patah balik, bagitahu Abng Haji tu, wife dia kat toilet n siap senyum kat nenek tu. Aku xperasan Abng Haji n Makcik yg tya beg kat toilet pegi ke mana lepas tu. Aku cuma perhatikan nenek tua tu je. Aku nak pastikan dia ke mana. Upenye umah dia kat belakang masjid tu.

Tapi kejadian kat masjid tu, benar2 buat aku tertanya2 smpai la ke umah.

"sape yang guna toilet dalam gelap?"
"Kenapa owang dalam toilet tu xkuar, time kitaowang kecoh2 sal lipan?"
"Lipan besar tu dari mana? betul2 lipan atau ape?"
"Kenapa makcik tu senyap bila kitaowang inform sal lipan besar tu?"

Mungkin makcik tu dah tahu something. Sb tu dia diamkan aje. Sebenarnya toilet yg sama tu selalu tertutup. Tapi bunyi air dr dalam. Dua toilet yg macam tu. Aku terpikir, andai kita buka pintu tu, adakah kita akan nampak ape di dalam nya? Atau Allah hanya tunjukkan pada hamba yang di kehendakinya sahaja? Mungkin Allah hendak menyedarkan kitaowang, yg Allah Maha Berkuasa. Jangan terlalu leka sehingga melupakan-Nya yang menciptakan setiap makhluk di muka bumi ini...

Kul 11p.m kitaowang sggah makan lak. Sampai umah dah kul 12. Tido umah mami kat Tanjung Mas. Nak balik pun, dah capek! Aku tido d bilik Kak Nini. Tido bertemankan air-cond! Sampai cni la dulu, nak tgk Siaran Langsung Perlawanan Bola Sepak Liga Super (Kelate vs Selangor)

Hopefully kelate menang!


GOMO KELATE GOMO

1 comment:

Zuzu said...

hehe!kelaka la abg polis itu tertipu..owh tipah tertipu hua3..

suspend gak cter ecah nie hehe!

hah secara ikhlasnyer gmbr ecah yg pki baju kuwung mmg comei lote!