27.4.09

Budu for Juju

Budu atau sos ikan bilis merupakan sejenis pekasam yang dibuat daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal amat popular di pantai timur malaysia khususnya di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol. Ia boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti hirisan lada merah/cili api, mempelam/mangga muda dan perahan limau nipis.

Budu telah mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan"kuno".

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu juga didapati memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair multivitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

++ni budu yg ecah slalu makan ye JUJU++

sedapnya...

fuhh...
++sedapnya... fuhh... uihh... sungguh menyelerakan! ++

sumber:http://yoyooh.com/bloggers-post/19-makanblogger/182-budu.html

p/s: post ni khas buat my beloved rumate, J.U.J.U. Nanti awak datang umah kita kat kelate, kita pakat makan BUDU ramai2 ye...


1 comment:

Zuzu said...

wah!ade budula..lma kter xmkn..nk se skek..ble bole dtg umh ecah nie?kang dtg ms cuti br taw haha!xblk umh la kter jwbnyer abes shotsem hehe!